Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Gadis ditemui tinggal di gerai makan Circuit Road kini dalam keadaan baik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gadis ditemui tinggal di gerai makan Circuit Road kini dalam keadaan baik

May 04, 2024 | 07:58 PM



Seorang gadis berusia 15 tahun yang ditemui tinggal di sebuah gerai pasar basah di Circuit Road selama hampir setahun kini dalam keadaan baik di sebuah hospital, kata Anggota Parlimen MacPherson, Cik Tin Pei Ling.

Dalam video yang dimuat naik ke laman Facebook beliau pada 3 Mei, Cik Tin berkata beliau telah melawat gadis itu pada hari sebelumnya dan gembira melihatnya dalam keadaan baik dan kelihatan sihat.







“Dia dengan gembira menunjukkan kepada kami mainan barunya dan juga kad permainan Pokemon yang diberikan kepadanya oleh pesakit kanak-kanak lain di wad yang sama,” tambahnya.

Menurut Cik Tin, bapa gadis itu kerap melawatnya di hospital dan sedang membantu polis dalam siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Cik Tin berkata bahawa Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang mengusahakan penjagaan jangka panjang bagi remaja perempuan itu.

Terdapat beberapa pilihan namun pilihan terbaik adalah untuk menyediakan persekitaran yang penyayang buatnya, ujar Cik Tin.

Tambahnya, MSF sedang menghubungi rangkaian titipannya untuk cuba menawarkan penjagaan titipan buat gadis itu.

Dalam video tersebut, Cik Tin turut memberikan maklumat terkini mengenai kes itu namun menjelaskan bahawa beliau tidak dapat berkongsi butiran tertentu kerana siasatan masih dijalankan dan beliau juga perlu melindungi privasi gadis itu.

Beliau berkata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang menjalankan pemeriksaan rutin pada 3 April dan mendapati gadis tersebut telah tinggal di gerai Pasar dan Pusat Makanan Circuit Road itu sejak 11 bulan lalu.

Pegawai NEA kemudian melaporkan kes itu kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak MSF dan gadis itu segera dibawa di bawah jagaannya sebelum dimasukkan ke hospital bagi penilaian perubatan, tambahnya.

Polis dan Cik Tin turut dimaklumkan mengenai kes itu.

Cik Tin berkata beliau terkejut dengan penemuan itu kerana beliau kerap melawat pasar tersebut, termasuk semasa Tahun Baru Cina yang lepas di mana beliau tidak menemui apa-apa yang luar biasa.

Beliau difahamkan bahawa gadis itu dan bapanya merupakan penduduk tetap (PR) dan tinggal di bahagian utara Singapura.

Oleh kerana rumah mereka agak jauh dari pasar berkenaan dan bapanya merupakan bapa tunggal, bapanya memutuskan agar anaknya itu tinggal di gerai tersebut.

“Jelas ini tidak wajar... bagi gadis itu.

“Namun berdasarkan apa yang saya tahu, mungkin bapanya hanya melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk anaknya berdasarkan keadaan mereka,” ujar Cik Tin.

Tambahnya, beliau akan terus berhubung dengan pelbagai agensi dan MSF untuk membantu gadis itu dan bapanya.

“Kita perlu menjalankan lebih banyak usaha untuk menyokong, melindungi dan menjaga kanak-kanak, terutamanya mereka yang lebih mudah terjejas,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >