Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

FairPrice agih lebih 60,000 set minuman, makanan ringan untuk berbuka

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice agih lebih 60,000 set minuman, makanan ringan untuk berbuka

Mar 12, 2024 | 04:54 PM



Rangkaian pasar raya FairPrice akan mengagihkan lebih 60,000 set minuman dan makanan ringan, termasuk kurma percuma kepada pelanggan Islam, di 61 cawangan pasar raya itu di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Pemberian juadah berbuka itu akan diadakan dari 12 Mac hingga 9 April, sekitar 30 minit sebelum dan selepas waktu berbuka puasa, kata rangkaian pasar raya itu.

Setiap pelanggan Islam akan menerima minuman seperti susu, minuman isotonik atau air, dan makanan ringan seperti kurma, hirisan daging lembu atau biskut, selagi stok masih ada.

Ini merupakan inisiatif pemberian juadah iftar untuk tahun ke-16 oleh FairPrice, menurut The Straits Times.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, berkata pihaknya amat gembira atas peluang menyokong pelanggan Islam semasa Ramadan dan tempoh perayaan ini.

FairPrice berkata ia akan turut mengadakan dua pesta blok Hari Raya dan mengagihkan pemberian percuma sempena Hari Raya.

Kededua pesta blok itu akan diadakan pada 20 April di Bedok North dari 10 pagi hingga 2 petang, dan di Bukit Batok dari 4 petang hingga 6 petang.

Sebanyak 300 sajian makanan halal dalam kotak bento akan diagihkan pada setiap acara tersebut yang dibuka kepada orang ramai.

Kegiatan yang dianjurkan kelak termasuk permainan dan mencuba sampel makanan dan minuman.

Diskaun dan promosi istimewa akan juga diberikan bagi produk Hari Raya.

Orang ramai boleh melungsuri laman web FairPrice untuk maklumat lanjut mengenai acara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >