Bagi ramai belia di Singapura, terutama mereka yang digelar Gen Z (lahir antara 1997 hingga 2012), satu-satunya Perdana Menteri yang mereka kenal ialah Encik Lee Hsien Loong.
Apakan tidak, Encik Lee telah memegang jawatan perdana menteri selama 20 tahun, mengambil alih daripada Perdana Menteri kedua Singapura, Encik Goh Chok Tong, pada Ogos 2004.