Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

BazaRia Marsiling tawar lebih 120 gerai F&B, runcit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BazaRia Marsiling tawar lebih 120 gerai F&B, runcit

Mar 11, 2024 | 12:42 PM



Sebuah bazar Ramadan di Marsiling, yang terletak di tanah lapang bersebelahan stesen MRT Woodlands, telah dibuka secara rasmi pada 10 Mac dan menawarkan kira-kira 68 gerai makanan dan minuman (F&B) dan 60 gerai runcit untuk penduduk yang tinggal di kawasan utara Singapura.

Dinamakan BazaRia Marsiling 2024, bazar yang dibuka sehingga 8 April itu menawarkan pelbagai pilihan dan kemudahan bagi penduduk membuat persiapan menyambut perayaan Ramadan dan Hari Raya.

Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia); dan Cik Hany Soh, turut hadir untuk melancarkan pembukaan bazar tersebut secara rasmi.







Dalam ucapannya, Encik Zaqy berkata Ramadan bukan sekadar bulan yang menyaksikan masyarakat Islam menahan diri daripada makan dan minum, malah ia juga adalah masa bagi umat Islam memupuk disiplin diri, empati dan meningkatkan kesedaran rohani untuk memperbaiki diri.

“BazaRia Marsiling mencerminkan lambang perpaduan dan nilai bersama yang menjadikan Ramadan benar-benar istimewa.

“Di sini, bersama masyarakat kita yang bersemangat, saya mengajak semua penduduk merasakan juadah di bazar ini yang mencerminkan tradisi dan budaya masyarakat kita,” kata Encik Zaqy.







Pada malam itu juga, lebih 200 penduduk turut turun untuk menyaksikan penyalaan rasmi lampu Hari Raya yang bermula dari Pasar Marsiling ke Masjid An-Nur, kedua-duanya terletak di sepanjang Admiralty Road.

Penyalaan lampu Hari Raya itu, yang berlangsung dari 10 Mac hingga 10 Mei, merupakan kerjasama pertubuhan akar umbi (GRO) Marsiling, Masjid An-Nur dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Marsiling (18 hingga 21).

“Penyalaan lampu ini adalah lanjutan daripada semangat Ramadan. Menerusi semangat perayaan ini, kami berharap dapat menyatukan masyarakat kita sebagai satu Marsiling,” kata Naib Pengerusi Rangkaian Penduduk Zon 7 Marsiling, Cik Noorrihah Ismail.







Semasa pelancaran bazar tersebut, Encik Zaqy turut melancarkan program pementoran kilat baru yang bertujuan memperkasakan belia melakar laluan pendidikan mengikut minat dan matlamat mereka.

Dianjurkan oleh M3@Marsiling-Yew Tee, program tersebut berbeza daripada laluan program pementoran tradisional.


Ia mendedahkan golongan belia kepada pelbagai peluang dan pengalaman pembelajaran dalam tempoh yang singkat.

Penganjur berkata bahawa program perintis itu akan mendekati kira-kira 30 belia setiap sesi, dengan rancangan untuk menggandakan bilangan penyertaan menjelang akhir 2024.

Dalam ucapannya, Encik Zaqy berkata pementoran telah berkembang melangkaui tumpuan tradisional untuk memperoleh kemahiran teknikal, dan ia kini merangkumi pembinaan hubungan yang bermakna, memupuk semangat untuk belajar, dan membentuk persahabatan yang berkekalan.

Mentorship membina modal sosial dalam masyarakat kita yang membolehkan belia bertemu dan mendapat inspirasi daripada orang lain yang telah menempuh perjalanan dan mendedahkan mereka kepada peluang yang dibawa oleh Singapura dan dunia.


“Selain hanya berkawan, pementoran membolehkan anggota masyarakat kita menyumbang kembali, dan membantu belia kita membangun dan mencari laluan mereka dalam kehidupan,” kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >