Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga asing di S’pura diingati jauhi politik asing

MOM: Usah konflik seperti Israel-Hamas yang boleh bangkitkan emosi jejas keharmonian di sini
Nov 02, 2023 | 06:09 PM



Warga asing harus mengelak daripada menggunakan Singapura sebagai saluran untuk menyampaikan tujuan politik mereka di tengah-tengah konflik Israel-Hamas, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Dalam catatan Facebooknya pada Khamis, MOM berkata: “Konflik Israel-Hamas yang berterusan telah meragut nyawa orang awam yang tidak bersalah dan membangkitkan emosi di seluruh dunia.


“Memandangkan ketegangan yang semakin memuncak, adalah penting untuk kita bertenang dan tidak membiarkan peristiwa luar ini menjejas keharmonian dan keamanan kaum dan agama di Singapura.”

Catatan Facebook MOM tersebut juga diiringi satu makluman bersama antara MOM, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang mengingatkan warga asing yang bekerja atau tinggal di Singapura agar tidak menyokong atau membawa masuk politik asing di Singapura. Ini termasuk bahan paparan umum seperti sepanduk, bendera dan poster.

“Singapura tidak bertoleransi terhadap sebarang tindakan ekstremisme, keganasan atau pengganasan. Sesiapa yang terlibat dalam perbuatan sedemikian akan dikenakan tindakan berat di bawah undang-undang Singapura,” kata makluman itu.

Warga asing juga diingatkan supaya berbincang tentang topik sensitif itu dengan sikap bertanggungjawab dan penuh hormat.

Mereka diingatkan supaya tidak menulis, menyiarkan atau berkongsi apa-apa maklumat secara peribadi atau dalam talian yang boleh membangkitkan emosi, menyebabkan keganasan atau menimbulkan kebencian dalam kalangan pelbagai kaum dan agama.

“Melakukan demikian adalah satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah undang-undang Singapura. Pesalah mungkin dilarang bekerja di Singapura,” tambah makluman itu.

Nasihat itu dikeluarkan kurang sebulan selepas Hamas melancarkan serangan rentas sempadan di selatan Israel pada 7 Oktober, mencetuskan pertempuran antara Israel dengan Hamas yang mengorbankan ribuan jiwa.

Israel berkata Hamas membunuh 1,400 orang dan mengambil lebih 200 tebusan. Kementerian Kesihatan Gaza pula berkata sekitar 8,800 penduduk Palestin di kawasan itu terkorban oleh serangan balas Israel.

Dalam makluman tersebut, warga asing juga diingatkan supaya mengelak daripada membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai konflik itu yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk membantu mangsa konflik tersebut boleh berbuat demikian melalui saluran rasmi seperti Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) atau Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) untuk memastikan derma digunakan untuk tujuan tulen.

Orang ramai yang menyedari sebarang kegiatan mencurigakan atau orang yang menunjukkan tanda-tanda radikalisasi boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau ISD di 1800-2626-473.

Pada 27 Oktober, Singapura mengundi untuk menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata dilaksanakan serta-merta.


Ia juga meminta bekalan penting diperuntukkan dengan segera dan tanpa halangan kepada orang awam di Gaza, serta meminta Israel membatalkan perintah pemindahannya di Jaluran Gaza, selain menolak pemindahan rakyat Palestin secara paksa.

Lebih 20,000 orang yang cedera masih terperangkap di Jaluran Gaza, walaupun terdapat pemindahan untuk pemegang pasport asing dan rakyat Palestin yang cedera parah, menurut badan kebajikan kemanusiaan Doctors Without Borders pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >