Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAHUN MERAIKAN WANITA SG

Video papar kemajuan, aspirasi wanita

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



SELAMA bertahun-tahun, dasar dan perundangan Singapura telah berubah untuk melindungi dan meningkatkan kehidupan golongan wanita, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



Berkongsi satu video di laman Facebooknya, Encik Masagos berkata golongan wanita telah membuat kemajuan memberangsangkan.



Video tersebut antara lain memaparkan kemajuan dan aspirasi wanita Singapura dari pelbagai latar belakang dan usia.



Bulan lalu, Encik Masagos telah mengisytiharkan tahun 2021 sebagai 'Tahun Meraikan Wanita SG' untuk menyokong kajian nasional dan perbincangan berterusan mengenai Pembangunan Wanita Singapura.



"Ibu, kakak atau adik, isteri dan anak perempuan kita selalu menjadi sebahagian daripada kita.



"Sedang kita meraikan pencapaian mereka, mari kita usahakan untuk menyemai budaya menghormati dan hubungan baik antara golongan lelaki dan golongan wanita, bagi mencapai masyarakat yang lebih inklusif dan saksama," tulis Encik Masagos.



Beliau mengajak masyarakat menyertai perbincangan mengenai masyarakat inklusif di go.gov.sg/SGWomen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >