Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha semai nilai positif dalam diri belia

Edisi ketiga program Kelab Mendaki Muda padankan 50 mentor sukarelawan, 100 pelajar sekolah menengah
Feb 24, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 50 sukarelawan pelajar institusi pengajian tinggi dan pekerja muda dipadankan sebagai mentor dengan hampir 100 mentee pelajar sekolah menengah dalam sebuah program bimbingan masyarakat Kelab Mendaki Muda (YMC) tahun ini.



Dipanggil Peer, program itu bertujuan menyemai nilai pembangunan belia positif 5C (Keyakinan, Kecekapan, Masyarakat, Perwatakan dan Perhubungan) dalam diri mentee itu melalui pelbagai rangkaian kegiatan.



Program itu, yang merupakan edisi ketiga, hasil kerjasama YMC dan M³@Bandar di Tampines dan Woodlands. Ia dilancarkan pada 18 Februari dan akan berlangsung selama enam bulan hingga Ogos ini, menurut Yayasan Mendaki dalam satu kenyataan pada Khamis.



Dalam mesej melalui rakaman video, tetamu terhormat majlis pelancaran di Tampines, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, menekankan kepentingan program seperti Peer untuk membina kompak sosial kukuh bagi masyarakat.



"Ada banyak keputusan pada masa depan yang anda perlu buat. Pada masa ini, anda mungkin tidak tahu arah tuju dan apa yang anda mahu lakukan, dan itu tidak mengapa. Mentor anda ada di sini untuk membantu memudahkan proses itu bagi anda.



"Dengan pengalaman dan kisah mereka menempuh jalan yang sama tidak lama dahulu, mereka boleh membimbing dan menyokong anda untuk memutuskan cara anda boleh maju dan menyedari lebih banyak lagi tentang diri anda dan potensi anda," kata Cik Rahayu, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong.



Tetamu terhormat majlis pelancaran di Woodlands, AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, turut menekankan nilai pementoran.



"Membantu anak muda kita mencapai matlamat mereka telah menjadi tugas yang paling penting untuk masyarakat kita. Saya juga gembira melihat mentor kembali untuk membimbing kumpulan mentee yang lain," kata beliau, yang menghadiri majlis itu.



Seorang mentor kali pertama, Cik Istilah Yanti, berkata Peer memberinya peluang berkhidmat kepada masyarakat.



"Sudah hampir 10 tahun saya memberi tumpuan pada pembangunan kerjaya peribadi saya, dan saya berasa sudah tiba masanya saya memberi lebih banyak kembali kepada masyarakat.



"Mendaki telah membantu saya dalam menyokong pendidikan tinggi saya, dan ini (menjadi mentor secara sukarela) adalah cara terbaik untuk membalas budi dengan menyokong dan membantu remaja muda untuk memetakan masa depan mereka, meneroka bakat dan minat mereka, dan membina daya tahan untuk mengatasi cabaran hidup secara positif," ujar Cik Istilah.



Mentor Peer dipilih daripada kumpulan sukarelawan pelajar universiti dan pekerja dewasa muda daripada pelbagai latar belakang akademik.



Mereka yang memohon untuk menjadi mentor menjalani proses temu duga dan dinilai berdasarkan satu set kriteria berkaitan dengan keperluan program itu.



Mentor yang disenarai pendek, seperti Cik Istilah, kemudian dihantar menyertai beberapa siri sesi latihan untuk menyediakan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran betul bagi melaksanakan tugas itu dengan cekap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >