Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha agar generasi baru faham kepentingan Pertahanan Mutlak

Eng Hen: Mesej Hari Pertahanan Mutlak harus disesuaikan kepada demografik baru agar kekal relevan
Feb 17, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA agensi pelbagai kementerian sedang membuat penyediaan demi memastikan generasi baru Singapura memahami peri penting Pertahanan Mutlak, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.



Ini lebih-lebih lagi kerana generasi baru itu tidak dapat meraih pengajaran Perang Dunia Kedua (WW2) secara langsung daripada ibu bapa atau datuk dan nenek mereka.



Agensi berkenaan termasuk cabang Pendidikan Nasional, Kementerian Pertahanan (Mindef), Nexus, para spesialis dan agensi lain.



Dr Ng menyatakan demikian semalam selepas melawat pameran WW2 Muzium Negara Singapura (NMS) - 'Dislocations: Memory and Meaning of the Fall of Singapore, 1942' (Tergendala: Memori dan Makna Kejatuhan Singapura, 1942) - sempena ulang tahun ke-80 kejatuhan Singapura kepada Jepun serta Hari Pertahanan Mutlak pada 15 Februari.



Beliau berkata dengan generasi selanjut tidak dapat mempelajari sejarah WW2 daripada orang tua mereka mahupun generasi sekarang, maksud Pertahanan Mutlak pada masa depan akan berbentuk nada dan pengajaran berbeza.



"Ini satu kenyataan yang tidak boleh dielak dan semua negara menghadapinya apabila pengalaman perang itu pupus bukan bagi satu atau dua generasi sahaja, bahkan pada tiga atau empat generasi ia tidak diceritakan lagi."



Oleh itu, demi memastikan mesej Hari Pertahanan Mutlak kekal relevan, agensi-agensi berkenaan harus melihat bagaimana mesejnya dapat disesuaikan kepada demografik baru.



Misalnya, ada generasi rakyat Singapura dilahirkan di sini daripada 30 peratus rumah tangga tempatan yang salah seorang ibu bapanya tidak dilahirkan di sini, kata Dr Ng.



"Bagi anak muda, pengalaman perang bukan satu pengalaman yang dilalui, sebaliknya merupakan pengalaman yang dikongsi orang lain dan mereka percaya kepadanya.



"Namun, saya percaya anak muda Singapura lebih berpendidikan dan boleh meneliti apa yang sedang berlaku di negara lain dan mencapai kesimpulan mereka sendiri," ujar beliau.



Justeru, pameran NMS yang menunjukkan sejarah perang daripada pelbagai sudut itu adalah satu langkah baik, kata Dr Ng, kerana pengunjung bebas mengkaitkan pengajarannya kepada diri sendiri, daripada diberi mesej-mesej tertentu sahaja.



Keyakinan terhadap Pertahanan Mutlak, tambah beliau, berhasil menerusi usaha dua hala dan "tidak boleh sengaja ditekankan begitu sahaja."



"Pertahanan Mutlak berhasil sebab kebanyakan warga Singapura percaya padanya dan mereka mempunyai pengalaman sendiri atau pun daripada cerita-cerita yang mereka dengar daripada keluarga mereka," kata Dr Ng.



"Jika kita ikut formula sama dan menyebarkan mesej sama sahaja, ia tidak akan berkesan dengan sebaik-baiknya."



Berlangsung hingga 29 Mei, pameran itu antara lain menonjolkan ingatan penduduk Singapura mengena hidup mereka semasa perang, selain sejarah politik dan ketenteraan.



Ia juga mengajak pengunjung menyumbang sejarah perang yang diwarisi mereka daripada orang tua mereka, dan melakar cara perang itu boleh diingati oleh generasi pada ulang tahun ke-100 kejatuhan Singapura.



Pameran itu dibuka secara percuma bagi warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura.





"Dan umumnya apabila kami membuat tinjauan ke atas anggota NS (Perkhidmatan Negara), mereka ditanya… haruskah Singapura dipertahankan, apakah anda akan mempertahankan Singapura, sejauh mana pentingnya pertahanan negara, (dan) ia sentiasa mendapat markah sangat tinggi. Dan itu, bagi saya adalah satu penegasan bahawa mesej-mesej itu dapat diterima."



- Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menekankan pentingnya memastikan mesej Pertahanan Mutlak kekal relevan kepada generasi baru.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >