Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tingkat usaha dapatkan semula aset jenayah siber, tipu rentas negara

Oct 16, 2023 | 06:42 PM



Dalam usaha menangani jenayah siber dan penipuan rentas negara, salah satu bidang yang patut diberi perhatian ialah mendapatkan semula aset yang diperoleh secara haram, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.

Beliau yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri berkata Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah menganggarkan bahawa kadar mendapatkan semula aset sejagat adalah kurang daripada satu peratus – bermakna pelaku telah menyimpan 99 peratus atau lebih hasil jenayah mereka itu.

Berucap di Persidangan Jenayah Siber Sejagat Interpol yang berlangsung di Kompleks Sejagat bagi Inovasi Interpol dekat Tanglin Road pada Isnin, Cik Teo berkata:

“Ini satu pulangan pelaburan (ROI); satu perniagaan dengan ROI yang hanya diimpikan sahaja.

“Tiada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) korporat akan berani menyarankan kepada pemegang saham bahawa mereka akan mempunyai pulangan pelaburan sedemikian.

“Namun memandangkan hasil jenayah ini sering diperoleh daripada sistem menerusi pemindahan rentas sempadan, malangnya bagi mangsa, mendapatkan semula aset rentas sempadan dijangka tidak akan membuahkan hasil.

“Dana boleh dialihkan rentas bidang kuasa dengan pantas, biasanya sebelum jenayah dapat dilaporkan.”

Dalam Laporan Trend Jenayah Sejagat Interpol 2022, jenayah siber disenaraikan sebagai salah satu daripada lima jenis jenayah yang terus memberi ancaman serius kepada pemerintah, perniagaan dan orang ramai.

Satu kajian oleh Pakatan Anti Penipuan Sejagat mendapati bahawa sekitar AS$55 bilion ($75.3 bilion) lesap akibat penipuan di serata dunia pada 2021.

“Penipuan juga menjadi kebimbangan buat Singapura.

“Tahun lalu sahaja terdapat sekitar 32,000 kes dilaporkan dengan $660 juta dilaporkan lesap akibat penipuan,” tambah Cik Teo.

Cik Teo berkata agensi penguat kuasa undang-undang mesti memberi reaksi dengan lebih pantas dan bekerjasama dengan rakan sejawat untuk menghentikan pengalihan dana tersebut.

Namun, bidang kuasa mempunyai piawai dan proses berbeza dalam mengesan aliran dana dan membekukan dana.

Justeru bagi mengatasi cabaran tersebut, kata Cik Teo, peralihan set minda utama diperlukan.

“Kita perlu mengutamakan usaha mendapatkan semula aset untuk mencegah penjenayah.

“Selagi penjenayah dapat kekalkan hasil yang diperoleh secara haram mereka itu, saya fikir adalah sukar untuk menggesa mereka untuk hentikannya.

“Mereka tidak akan putuskan bahawa terdapat kaedah lebih produktif melainkan kita dapat tunjukkan mereka bahawa ini bukan sesuatu yang dapat membuahkan hasil yang banyak buat mereka.

“Justeru kita mesti perkukuhkan kerja kita dalam mendapatkan semula aset sejagat dengan bekerjasama secara lebih dekat antara satu sama lain,” kata Cik Teo.

Selain itu beliau menggariskan beberapa cara untuk mengatasi cabaran tersebut.

Antaranya termasuk menyediakan rangka kerja undang-undang domestik bagi membeku dan merampas hasil jenayah dengan pantas; memanfaatkan alat untuk meluaskan keupayaan merampas hasil yang diperoleh secara haram; dan mengukuhkan keupayaan pihak penguatkuasaan undang-undang sejagat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >