Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada daging korban dari TFIL yang bekalan daging halalnya dihentikan Muis

Jawatankuasa SalamSG Korban komited pastikan proses ibadah korban - dari penyembelihan di Aust hingga penghantaran ke SG - ditadbir dengan baik
Jun 04, 2022 | 05:30 AM



TIADA satu pun pembekal yang dipilih masjid-masjid di sini untuk menyediakan daging korban bagi Hari Raya Aidiladha akan mendapatkan daging mereka daripada rumah penyembelihan Australia Thomas Foods International Lobethal (TFIL), kata jawatankuasa SalamSG Korban yang menyelaraskan ibadah korban tahun ini.



Memberi respons kepada pertanyaan Berita Harian (BH), pengerusi SalamSG Korban, Encik Mohamad Rafi Eusope, berkata tempahan korban tahun ini menggalakkan sejauh ini, dengan lebih 25 peratus kambing yang ditawarkan masjid telah ditempah dan dibayar.



Tahun ini, sebanyak 54 masjid di sini menyertai ibadah korban, dengan korban dilakukan di Australia dan dagingnya dihantar ke Singapura untuk dibeku dan diagihkan di sini.



Encik Mohamad Rafi berkata jawatankuasanya komited memastikan kesemua proses ibadah korban - daripada penyembelihan di Australia hingga ke penghantaran ke Singapura - ditadbir dan diuruskan dengan baik untuk memberikan jaminan tertinggi kepada individu yang melakukan ibadah korban.



Ini menyusuli isu membabitkan rumah penyembelihan TFIL, dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) baru-baru ini telah mengarahkan para pemilik sijil halal setempat supaya tidak menggunakan dan mengimport produk daging dari TFIL dengan serta-merta.



Ini setelah ia mempunyai alasan kukuh untuk merumuskan bahawa rumah penyembelihan itu telah melanggar prosedur penyembelihan halal.



"Muis dan jawatankuasa SalamSG Korban mahu mengulangi bahawa tiada satu pun pembekal yang masjid-masjid pilih untuk menyediakan daging korban bekerjasama dengan rumah penyembelihan itu.



"Jawatankuasa SalamSG Korban bekerja rapat dengan pembekal demi memastikan mereka mematuhi tadbir urus yang betul, semua daging dibungkus dengan baik mengikut garis panduan Agensi Makanan Singapura (SFA), dan kesemua syarat halal dipatuhi," kata Encik Mohamad Rafi.



Isu membabitkan rumah penyembelihan Australia TFIL itu mendapat tumpuan setelah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung kelulusan loji penyembelihan mereka pada pertengahan bulan lalu berhubung dakwaan pelanggaran tatacara penyembelihan halal.



Ekoran itu, Muis bekerjasama dengan SFA untuk mendapatkan maklumat relevan berkaitan penggantungan kelulusan rumah penyembelihan TFIL oleh Jakim itu.



Selasa lalu, Muis mengumumkan ia "mempunyai alasan kukuh untuk merumuskan bahawa integriti daging halal di loji itu telah terjejas" dan telah mengarahkan pemilik sijil halal di sini untuk menghentikan penggunaan dan import produk daging dari TFIL dengan serta-merta.



Menurut beberapa syarikat pembekal yang akan membekalkan daging korban dari Australia kepada masjid tahun ini, mereka mempunyai proses bagi memastikan ibadah korban di rumah penyembelihan di sana dijalankan dengan lancar dan mematuhi syarat penyembelihan mengikut cara Islam.



Antaranya, pengarah Hezom International, Encik Asaad Ahmad, berkata wakil syarikat mereka akan hadir di rumah penyembelihan di Australia untuk menyelia seluruh proses ibadah korban itu "daripada pemeriksaan ternakan hingga ke penyembelihan, pengulitan, pemotongan kambing dan pembungkusan daging ke dalam kotak".



Laporan lanjut: Syarikat bekal daging korban dari Australia laksana proses, syarat ketat




"Muis dan jawatankuasa SalamSG Korban mahu mengulangi bahawa tiada satu pun pembekal yang masjid-masjid pilih untuk menyediakan daging korban bekerjasama dengan rumah penyembelihan itu. Jawatankuasa SalamSG Korban bekerja rapat dengan pembekal demi memastikan mereka mematuhi tadbir urus yang betul, semua daging dibungkus dengan baik mengikut garis panduan Agensi Makanan Singapura (SFA), dan kesemua syarat halal dipatuhi."
- Encik Mohamad Rafi, pengerusi SalamSG Korban.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >