Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman sokong budaya saling menghormati; Kin Lian mahu kemuka isu CPF, NS jika dipilih

Aug 20, 2023 | 05:41 PM



Sekiranya dipilih, calon Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata beliau akan menyokong semua usaha dan inisiatif oleh pertubuhan untuk mempromosikan budaya saling menghormati di Singapura.

Sementara itu, seorang lagi calon, Encik Tan Kin Lian, merancang mengemukakan isu seperti usia mengeluarkan wang simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan tempoh menjalani Perkhidmatan Negara (NS) kepada pemerintah sekiranya beliau dipilih menjadi presiden. 

Demikian antara aspirasi yang dikongsi kededua calon Pilihan Raya Presiden itu ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan dan sesi pertemuan dengan warga di serata Singapura pada Ahad.

Encik Tharman pada Ahad mengunjungi kuil Buddha terbesar setempat, Biara Kong Meng San Phor Kark See dan mengadakan dialog bersama 100 pemimpin Buddha dan orang muda.

Mantan Menteri Kanan itu berkata walaupun Singapura telah mencapai kemajuan material yang baik, rakyatnya kini mesti menumpukan perhatian kepada rasa ihsan, kepedulian dan menghormati antara satu sama lain dalam fasa pembangunan seterusnya.

Sifat menghormati adalah sangat penting untuk warga yang memerlukan dan lanjut usia, mereka daripada agama, kaum dan budaya yang berbeza, kata Encik Tharman, 66 tahun.

Beliau menambah:

“Rasa hormat yang mendalam, bukan hanya... bertolak ansur di antara satu sama lain (atau) hidup sesama sendiri.

“Kita mesti menjadi lebih dekat dengan satu sama lain dalam 20 tahun akan datang.”

Di Pasar dan Pusat Makanan Chong Pang pula, Encik Tan semasa kunjungannya ke sana pada Ahad berkata beliau mendapat maklum balas daripada “ramai orang untuk melakukan sesuatu mengenai CPF kerana (mereka) perlu mengeluarkan duit lebih awal”.

Mengulas mengenai peraturan CPF, mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income itu berkata bahawa beliau “agak jelas apa cara yang baik – ia bukan cara sekarang ini”.

Encik Tan, 75 tahun, juga berkata beliau pasti bahawa maklum balas yang diterimanya yang menggesa agar tempoh kewajipan NS dipendekkan “serupa dengan pandangan puluhan ribu rakyat Singapura setiap tahun”.

“Kami patut biarkan anak muda kita berkhidmat untuk negara, tetapi mereka tidak perlu menjalaninya untuk dua tahun, dan negara mampu membayar elaun yang lebih baik. Saya (telah memegang) pendapat ini selama 20 tahun,” kata beliau.

Di bawah Perlembagaan, Presiden tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk melanjutkan agenda dasar mereka sendiri.


Presiden bertanggungjawab untuk melindungi rizab negara dan integriti perkhidmatan awam.


Selain Encik Tharman dan Encik Tan, usahawan dan mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, 75 tahun, juga layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >