Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Tekad bekas pesalah jalani hidup biasa dorong kerja keras

Mar 08, 2023 | 05:30 AM



MENJALANI integrasi semula dalam masyarakat bukan satu perjalanan mudah, namun bagi bekas pesalah, Encik Mohamad Razali Bachok, ia menjadi satu cabaran yang rela diharungi.



Tekad dan semangatnya untuk menjalani kehidupan biasa mendorong bapa tiga anak itu untuk bekerja keras dalam tugasnya sebagai pemandu kelas 4.



"Semua yang saya lakukan sekarang adalah demi keluarga. Saya faham bahawa tidak mudah untuk mendapat pekerjaan dalam ekonomi sekarang, justeru saya berterima kasih kepada YRSG (Reben Kuning Singapura) untuk program latihan yang dianjurkan serta Jamiyah, yang telah membantu dalam memberi peluang mendapat pekerjaan ini," ujar Encik Razali yang telah dibebaskan sejak Mac 2022. Beliau telah keluar masuk penjara sebanyak empat kali sejak 1990-an.



Kali ini, kebebasannya lebih bermakna bagi Encik Razali, 50 tahun.



Sejak dibebaskan, Encik Razali telah meraih Sijil Operasi Logistik (CLO), sebagai sebahagian daripada program latihan di bawah YRSG dan Persatuan Logistik Singapura (SLA).



Ahli SLA telah diundang untuk mendaftar sebagai majikan dan memberikan peluang pekerjaan kepada para banduan dan bekas pesalah.



Justeru itu, Encik Razali kini bekerja sebagai pemandu kelas 4 di syarikat MES Logistics.



Syarikat itu telah menawarkan pekerjaan kepada seramai 39 bekas pesalah pada 2021 hingga 2022.



Tugas Encik Razali sebagai pemandu adalah untuk membuat penghantaran peti ais kepada pelanggan.



Dalam sehari, beliau dan rakan kerjanya akan melaksanakan sekitar lapan penghantaran.



Dengan sokongan dan kepercayaan penyelianya terhadap Encik Razali, beliau telah memaparkan prestasi yang baik di tempat kerja.



Meskipun bersyukur mempunyai pekerjaan, Encik Razali akur bahawa taraf kehidupan di Singapura semakin tinggi dan gaji bulanannya kadangkala tidak mencukupi.



"Oleh kerana tekanan yang dihadapi individu, saya harus memastikan saya menjaga diri dengan lebih prihatin. Tekanan adalah antara langkah pertama untuk terjebak semula ke dalam kancah dadah.



"Sebab itu, saya berikan segala tumpuan kepada kerja dan keluarga supaya tidak tergoda kembali kepada masa silam," kongsinya.



Demi bebas daripada dadah, Encik Razali bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran dirinya agar dapat mencari pekerjaan yang lebih baik.



Menurutnya, setelah selesai menjalani Skim Penjagaan Lanjut Mandatori pada April 2023, beliau ingin mendapatkan lesen memandu kelas 5 pula, agar dapat mencari pekerjaan yang memberi lebih pendapatan.



Menurut Encik Razali, keluarganya ialah sumber inspirasi dan motivasi untuk beliau bebas daripada dadah.



Oleh kerana kehilangan masa bersama keluarga apabila di dalam penjara, Encik Razali menceritakan bahawa beliau akan memastikan dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya pada hujung minggu. Anak-anaknya kini berusia antara lima hingga 20 tahun.



"Kami akan keluar makan bersama, mungkin ke restoran makanan segera ataupun jika ada lebih masa, kami akan ke taman untuk berjalan bersama," ujarnya.



Apabila ditanya apakah pengajaran yang boleh diteladani melalui perjalanannya untuk bebas daripada dadah, beliau menjawab:



"Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Apabila anda berasa hampa atau kecewa dengan sesuatu keadaan, itu boleh menyebabkan seseorang itu tewas lalu kembali kepada dadah.



"Ia sudah tentu tidak mudah kerana banyak godaan di luar sana. Namun, semangat, keinginan untuk bersih daripada dadah, serta inspirasi dan motivasi adalah penting.



"Kekuatan mental dan hasrat yang mendalam untuk berubah juga amat penting. Anda tidak keseorangan dan ramai dalam masyarakat juga ingin melihat anda berjaya," ulas Encik Razali.




"Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Apabila anda berasa hampa atau kecewa dengan sesuatu keadaan, itu boleh menyebabkan seseorang itu tewas kembali kepada dadah.

Ia sudah tentu tidak mudah kerana banyak godaan di luar sana. Namun, semangat, keinginan untuk bersih dari dadah, serta inspirasi dan motivasi adalah penting.

Kekuatan mental dan hasrat yang mendalam untuk berubah juga amat penting. Anda tidak keseorangan dan ramai dalam masyarakat juga ingin melihat anda berjaya."

- Encik Mohamad Razali Bachok, bekas pesalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >