Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Talian National Care terima lebih 45,000 panggilan sejak April tahun lalu

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



TALIAN hotline 'National Care' telah menerima lebih dari 45,000 panggilan sejak ia mula beroperasi pada April tahun lalu.



Bilangan panggilan yang diterima talian hotline itu merosot dari purata 9,800 panggilan setiap bulan sewaktu tempoh pemutus litar kepada 1,600 panggilan secara purata sejak beberapa bulan yang lalu.



Demikian menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam jawapan bertulisnya kepada Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio).



Cik Nadia telah mengajukan soalan tentang jumlah panggilan yang diterima talian hotline tersebut dalam masa setahun antara 1 Ogos 2020 dan 1 Ogos 2021.



Dalam pada itu, beliau juga telah bertanya sekiranya terdapat trend yang dikesan dari segi masalah yang dihadapi oleh pemanggil.



"Sejak talian hotline ini diperkenalkan, masalah umum yang dihadapi oleh pemanggil secara konsisten merangkumi keperluan untuk sokongan emosi, kesihatan mental, serta masalah perkahwinan dan keluarga.



"Pemanggil yang memerlukan bantuan psikologi lebih lanjut akan dirujuk ke institusi kesihatan awam atau penyedia khidmat masyarakat untuk bantuan susulan," kata MSF.



Kesejahteraan mental merupakan satu masalah yang sering berlaku, dan ia menjadi lebih ketara sewaktu pandemik Covid-19.



Pada permulaan tempoh pemutus litar, MSF dan Kementerian Kesihatan (MOH) telah menubuhkan talian Hotline 'National Care' ini bagi menawarkan bantuan kepada sesiapa yang merasa tertekan, bimbang atau mahu mendapatkan bimbingan semasa penularan wabak sekarang ini.



Talian tersebut dikendalikan pakar psikologi, kaunselor dan pegawai terlatih pemerintah yang lain.



Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi National CARE Hotline di 1800-202-6868.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >