Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura perlu SAF yang kuat demi perkukuh pertahanan negara: DPM Wong

Nov 23, 2023 | 07:56 PM



Singapura dapat terus menikmati keamanan serta keselamatan dengan adanya Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang kuat dan boleh dipercayai, yang dibentuk oleh anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen), kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Menurutnya, NSmen sentiasa mengambil serius tugas dan kewajipan mereka dalam mempertahankan negara, dan membantu mengendalikan pusat pemeriksaan dan menyokong hospital terutama sewaktu pandemik Covid-19.

Namun, beliau berkata Singapura tidak boleh mengambil sikap sambil lewa terhadap keadaan sekarang. Ini kerana keadaan dunia yang kian tidak menentu dan lebih berbahaya, terutama dengan pergolakan yang sedang berlaku di Timur Tengah dan Eropah, kata Encik Wong.

Sementara di Asia pula, walaupun ia telah menikmati keamanan selama lebih 50 tahun sejak berakhirnya perang Vietnam, keadaan boleh berubah akibat persaingan antara Amerika Syarikat dan China, serta ketegasan yang semakin meningkat di Selat Taiwan dan Laut China Selatan. 

Berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian pembukaan rumah kelab Safra Choa Chu Kang pada Khamis, Encik Wong menekankan perlunya Singapura memastikan ia mempunyai angkatan bersenjata yang kuat dan mengekalkan komitmennya terhadap perkhidmatan negara. 

“Dunia kini menjadi lebih berpecah-belah dan lebih tidak menentu – dan terdapat lebih banyak peristiwa berisiko yang boleh mewujudkan ketidaktentuan yang ketara bagi kita semua, termasuk di Singapura.

“Semua ini akan menjejas keselamatan kita. Itulah sebabnya kita harus terus memastikan kita mempunyai SAF yang kukuh dan, yang penting, mengekalkan komitmen kita kepada Perkhidmatan Negara,” kata beliau.

Rumah kelab terbaru Safra dapat memberi khidmat kepada lebih 90,000 anggota SAF dan keluarga mereka yang menetap di kawasan barat laut Singapura.

Kemudahan seluas 29,000 kaki persegi di dalam Taman Choa Chu Kang itu telah menarik lebih 700,000 pelawat sejak dibuka pada Jun.

Ia mempunyai kemudahan seperti kolam renang, trek larian sepanjang 150 meter dan hab hiburan bersepadu dengan boling 18 lorong, dan mempunyai ciri mesra alam seperti panel solar dan sistem penuaian hujan.

Encik Wong berkata rumah kelab Safra itu menawarkan kemudahan berkualiti yang boleh diakses dan berpatutan untuk anggota NS dan keluarga mereka.

Ia juga boleh menjadi tempat NSmen dapat berkumpul dan mengeratkan lagi ikatan persahabatan mereka.

“Secara kolektif, apa yang kami lakukan dalam Safra adalah cara yang kecil tetapi konkrit untuk memberi penghargaan atas pengorbanan yang dilakukan oleh anggota NS kita dalam perkhidmatan negara.

“Ia adalah antara cara kita mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh semua anggota NS dalam pertahanan Singapura,” kata Encik Wong.

Antara tetamu lain yang hadir di majlis itu termasuk Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.


Dari 24 hingga 26 November, karnival yang menampilkan sesi senaman percuma, pertunjukan pentas dan pasar lambak diadakan bagi meraikan pembukaan Safra Choa Chu Kang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >