Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media perjelas kadar pakej iklan

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



SPH Media menjelaskan bahawa perangkaan edaran tidak digunakan sebagai asas kepada pakej pengiklanan syarikat.



Sebaliknya, kadar harga media dan pakej pengiklanan adalah berdasarkan perangkaan capaian dan jumlah pembaca diperoleh daripada agensi penyelidikan pihak ketiga yang bebas.



Ini dinyatakan dalam surat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media, Cik Teo Lay Lim kepada para pengiklan berikutan berita bahawa semakan dalaman syarikat telah menemui data edaran yang tidak konsisten.



Dalam e-mel yang dihantar petang semalam, Cik Teo menyatakan bahawa beberapa pelanggan dan rakan kongsi mempunyai pertanyaan mengenai hubungan antara data edaran dengan kadar pengiklanan.



"Kadar media dan pakej pengiklanan kami adalah berdasarkan capaian dan jumlah pembaca tajuk individu, dan tawaran SPH Media kami secara keseluruhan," tulisnya.



Data edaran ialah kiraan bilangan salinan penerbitan yang diedarkan, seperti melalui langganan biasa atau pembelian di luar, manakala bilangan pembaca ialah anggaran bilangan pembaca yang ada pada penerbitan.



Cik Teo menambah bahawa data mengenai capaian dan jumlah pembaca dikumpulkan secara bertahap melalui panel tinjauan yang mewakili statistik penduduk Singapura.



"Data ini diperoleh daripada dan disahkan oleh agensi penyelidikan pihak ketiga yang bebas, iaitu GfK," kata Cik Teo.



Mengakhiri e-melnya, Cik Teo berkata: "Sebagai sebuah organisasi yang dipercayai dan bertanggungjawab, kami berharap dapat meneruskan hubungan kami dengan anda. Terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda."



Jurucakap media SPH berkata bahawa perangkaan edaran mencerminkan asas pelanggan berbayar, yang merupakan salah satu metrik utama yang dijejaki oleh syarikat media.



Kelmarin, SPH menyatakan ia telah mengambil langkah untuk mengukuhkan prosesnya selepas satu semakan dalaman mendedahkan kesilapan dalam laporan maklumat edarannya.



Semakan itu mendapati terdapat jurang data peredaran 85,000 hingga 95,000 purata harian bagi semua media di bawahnya yang mewakili 10-12 peratus dari angka peredaran purata harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >