Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media, Nikkei Inc. teroka kerjasama selanjutnya

Feb 20, 2023 | 05:30 AM



PENGERUSI SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan, bertemu Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Nikkei Inc, Encik Naotoshi Okada, di sini pada Khamis untuk mengkaji kerjasama semasa dan meneroka kerjasama strategik selanjutnya.



Ini termasuk memudahkan perkongsian antara bilik berita berhubung pengalaman dan amalan transformasi digital, serta membangunkan produk digital baru untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pengguna di Singapura dan rantau ini.



Bidang kerjasama yang dibincangkan termasuk projek yang akan dimulakan antara SPH Media dengan Handshakes oleh DC Frontiers.



Fasa pertama projek itu dijangka dimulakan tidak lama lagi, dalam usaha untuk meneroka aplikasi berpotensi penyelesaian teknologi yang dibangunkan oleh Handshakes untuk meningkatkan tawaran berita digital SPH Media.



Pelabur DC Frontiers termasuk Nikkei (25.41 peratus), S&P Global (15.59 peratus) dan SPH Media (17.24 peratus).



Handshakes, yang dimiliki dan dikendalikan oleh DC Frontiers, ialah penyelesaian teknologi analitik data dan kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan data proprietari dan teknik AI untuk mengubah cara pertubuhan menjalankan perniagaan, penilaian wajar dan aktiviti pematuhan.



Untuk memajukan bidang kerjasama yang dicadangkan, kedua-dua syarikat sedang meneroka pemeteraian Memorandum Persefahaman pada suku kedua 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >