Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Sikap saling timbang rasa satu tanggungjawab kolektif: Presiden Halimah

Jun 10, 2023 | 07:36 PM



Warga Singapura perlu memperkukuh identiti sesama dan sikap saling mengambil tanggungjawab antara satu sama lain, bukan sahaja bagi diri sendiri tetapi juga bagi generasi mendatang, kata Presiden Halimah Yacob.

Berucap semasa acara Pesta Keluarga Boys’ Town – sebuah badan bantuan bagi anak-anak daripada golongan susah – Puan Halimah berkata ia adalah tanggungjawab kolektif, sebagai masyarakat yang bertimbang rasa, untuk menyokong kanak-kanak dan belia yang memerlukan.

Badan kebajikan itu menyambut ulang tahun ke-75 pada tahun ini.

Ia ditubuhkan institusi agama, Montfort Brothers of St. Gabriel, pada 1948 dan membangunkan rumah kebajikan bagi kanak-kanak mangsa perang.

Kini, ia menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi kanak-kanak dan belia yang memerlukan termasuk jagaan luar rumah, usaha campur tangan bagi merawat kesihatan mental, khidmat menjangkau belia, keluarga titipan dan jagaan bagi keluarga susah.

Puan Halimah berkata sejauh ini, Boys’ Town memberi manfaat secara purata kepada lebih 1,000 kanak-kanak dan belia setiap tahun menerusi program dan perkhidmatannya.

Pada 2022, dengan kelonggaran sekatan akibat pandemik Covid-19, Boys’ Town telah menawarkan khidmat kepada lebih 2,500 kanak-kanak dan belia.

“Saya terharu apabila saya mendapat tahu Boys’ Town telah mengekalkan sokongannya terhadap kanak-kanak dan keluarga yang bekerjasama dengannya untuk memastikan setiap anak dan belia mempunyai hubungan baik bersama keluarga mereka dan masyarakat sejagat,” kata Presiden Halimah.

“Kerja mereka menawarkan sekitaran selamat bagi pelanggan dan keluarga mereka.

“Keluarga pula adalah tunggak di balik sebuah masyarakat dan unit keluarga yang teguh memastikan kestabilan kanak-kanak dan belia kami. Sebuah keluarga yang membesarkan dan memupuk nilai positif dalam anak-anak mereka akan dapat membantu mereka membesar menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Selain itu, Puan Halimah juga terharu terhadap penerima khidmat rumah kebajikan itu yang kemudian menyumbang semula kepada masyarakat. Ini termasuk seorang ibu titipan yang menawarkan jagaan kepada seorang anak perempuan dan seorang belia yang dahulu menerima bantuan daripada pekerja sosial Boys’ Town dan kini bekerja sebagai pekerja sosial juga.

Ia sekali gus menunjukkan kesan dan juga betapa pentingnya masyarakat harus sentiasa bertimbang rasa terhadap satu sama lain dengan harapan mereka yang menerima bantuan itu akan membalas jasa budi yang diterima.

“Kisah-kisah seperti ini adalah contoh kebaikan yang telah dilakukan Boys’ Town sehingga kini, serta menunjukkan kepentingan sokongan daripada masyarakat,” tegas Puan Halimah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >