Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian sokongan bawa bersama bekas pesalah baru, lama dilancar

'Desistor Network' beri peluang bekas pesalah baru jalani pementoran daripada bekas pesalah bebas jenayah
Apr 16, 2023 | 05:30 AM



SATU rangkaian baru yang membawa bersama bekas pesalah, 'desistor' atau mereka yang tidak melakukan kesalahan dalam masyarakat buat tempoh yang lebih lama, serta agensi telah dilancarkan pada Sabtu dalam usaha memperkukuh sokongan bagi bekas pesalah dalam perjalanan mereka untuk terus menjauhi jenayah.



Digelar 'Desistor Network', bekas pesalah baru berpeluang menjalani pementoran daripada bekas pesalah yang berjaya bebas jenayah buat masa lebih lama atau 'desistor'.



Agensi yang bekerjasama dan menyokong golongan 'desistor' memanfaatkan kekuatan, pengalaman dan sumber satu sama lain untuk meluaskan kegiatan sokongan yang tersedia buat bekas pesalah.



Ini, menurut Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), akan membolehkan lebih ramai bekas pesalah dan 'desistor' untuk saling mendampingi dalam lingkaran sokongan daripada rangkaian tersebut.



Sejauh ini, 53 agensi telah mendaftar untuk menjadi sebahagian rangkaian tersebut.



Pada Sabtu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah melancarkan rangkaian tersebut dalam acara yang dihadiri lebih 200 orang di Max Atria, Singapore Expo.



Mengulas tentang usaha itu, Dr Faishal berkata ia simbol usaha kolektif oleh pemerintah dan masyarakat untuk mengurangkan kadar kebentanan lima tahun dan menggalakkan bekas pesalah untuk menjauhi kesalahan dalam jangka masa panjang.



Terdapat tumpuan terhadap kadar kebentanan jangka lebih lama kerana perangkaan menunjukkan bahawa empat dalam 10 pesalah kembali ke penjara dalam tempoh lima tahun setelah dibebaskan, kata SPS.



Ini berganda berbanding jumlah mereka yang dimasukkan ke penjara semula dalam dua tahun setelah dibebaskan.



Dr Faishal berkata pementoran adalah sesuatu yang amat berkesan.



"Para 'desistor' telah menempuh perjalanan sukar dan hakikatnya masih meniti laluan itu. Dengan itu, banduan dan bekas pesalah akan dapat mengaitkan kepada pengalaman hidup mereka, menjadikan para 'desistor' sumber inspirasi yang amat kuat.



"Menerusi perkongsian dan pertukaran bersama pengalaman hidup, kami percaya para 'desistor' boleh mengekalkan motivasi, menguatkan keyakinan mereka dan memupuk pemikiran serta sikap positif yang merupakan kunci jauhi kesalahan buat jangka panjang," katanya.



Dr Faishal menambah bahawa SPS akan meluaskan peluang latihan yang kini disediakan kepada relawan, untuk merangkumi para 'desistor' juga.



Antara bekas pesalah yang sudah lama cuci tangan daripada dunia gelap yang pernah mencengkam kehidupannya dahulu, dan kini menyertai rangkaian itu sebagai 'desistor' yang bakal mendampingi bekas pesalah baru ialah Cik Norli Ismail, 44 tahun.



Ibu tujuh anak itu, yang pernah keluar masuk penjara lima kali akibat kesalahan dadah, sudah bebas daripada melakukan kesalahan selama sembilan tahun.



Malah, beliau merupakan mentor bersama pertubuhan masyarakat Beautiful People yang memberi sokongan kepada mereka yang keluar penjara.



Berbesar hati dan merasakan ia satu penghormatan untuk diundang sebagai 'desistor' bagi rangkaian ini, Cik Norli berharap dapat memberi bekas pesalah lain harapan.



"Apabila mereka putus harapan dan patah semangat, mereka tidak tahu ke mana untuk pergi. Mereka rasa sudah sampai di garisan penamat disebabkan diskriminasi contohnya yang dialami. Justeru, apabila mereka jumpa orang seperti kami, ia akan memberi mereka inspirasi.



"Saya harap dapat memberi inspirasi kepada mereka dengan apa yang telah saya lalui dan sekurang-kurangnya membimbing mereka tentang mana untuk pergi dan apa mereka boleh lakukan," ujar penolong makmal itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >