Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangka kerja baru bakal dilancar bantu syarikat pantau kesanusaha sosial

Jul 18, 2023 | 06:35 PM



Satu rangka kerja baru yang menyediakan metrik piawai kepada syarikat untuk mengukur, memantau dan menanda aras kesan sosial daripada usaha-usaha mereka akan dilancarkan jelang suku pertama 2024.

Ini termasuk usaha seperti amalan pemberian, kesukarelawanan dan pengambilan kerja inklusif.

Rangka Kerja Kedermawanan Mampan, diumumkan pada Selasa oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa Sidang Puncak Perkhidmatan Sosial 2023, yang bertujuan membantu syarikat memenuhi matlamat sosial dan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.

Rangka kerja itu bertujuan membantu perniagaan membentuk dan menjejaki aspek “sosial” dalam usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka.

Ia dibangunkan bersama oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) bersama rakan kongsi lain.

NCSS juga merancang melancarkan satu siri panduan bagi agensi perkhidmatan sosial (SSA), termasuk buku panduan penjanaan dana bagi membantu mereka mengenal pasti ruang untuk diperbaiki selain cara bekerjasama dengan lebih baik dengan syarikat untuk menyokong khidmat mereka.

“Kami perlu terus meningkatkan peluang untuk perkongsian rentas sektor di mana kedua-dua perniagaan dan SSA memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk meningkatkan kesan kepada mereka yang menerima khidmat kami,” kata Encik Masagos pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City.

Beliau menambah banyak syarikat berpangkalan di sini ingin menyumbang secara bermakna kepada Singapura dan lebih banyak lagi komited untuk menderma secara tetap.

Banyak juga yang komited terhadap kesukarelawanan serta mahu menyelaraskan kesan sosial dalam korporat mereka.

“Kami, sebagai satu sektor, perlu memanfaatkan minat ini dengan menyediakan lebih banyak platform bagi memudahkan perkara sedemikian,” katanya.

Encik Masagos mengalu-alukan pandangan dan maklum balas perniagaan sedang sektor tersebut terus mendekati rakan kongsi untuk memupuk “kedermawanan mampan”, serta menggalakkan mereka mengguna pakai rangka kerja baru itu apabila ia dilancarkan kelak.

Sidang Puncak Perkhidmatan Sosial 2023 selama dua hari itu dihadiri sekitar 700 wakil daripada SSA, perniagaan dan agensi awam.

Untuk membolehkan lebih banyak perkongsian, NCSS bekerjasama dengan NVPC untuk membawa lebih 80 syarikat korporat ke ‘State of Play’ yang diadakan buat julung kalinya.

Program tersebut yang disusun khas pada hari kedua sidang puncak pada Rabu itu memberi mereka pemahaman lebih mendalam tentang kerja sektor itu.

Ia juga membolehkan SSA memahami dengan lebih baik matlamat perniagaan dan cara terbaik menjalin kerjasama.

Semasa menyampaikan ucapannya di sidang puncak tersebut, Presiden NCSS, Cik Anita Fam mengesahkan komitmen majlis tersebut untuk membantu SSA dan menyokong karyawan khidmat sosial untuk menarik, membangun dan mengekalkan bakat dalam sektor tersebut.

Daya usaha itu termasuk Hab Sumber Kesejahteraan dalam talian, yang dilancarkan pada sidang tersebut, untuk menyediakan sumber dan panduan praktikal kepada karyawan sektor tentang penjagaan diri dan mengurus kesejahteraan mental pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >