Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat inovasi baru ditubuh percepat peningkatan keselamatan di S’pura

May 30, 2023 | 08:23 PM



SATU pusat baru telah dilancarkan oleh Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) untuk memupuk firma start-up atau pemula bagi mempercepatkan peningkatan keselamatan Singapura.


Dalam satu kenyataan oleh HTX, ia berkata pusat Hatch menyasarkan untuk menarik dan memupuk pemula global yang berpotensi melalui program pemacu dan mencari teknologi inovasi untuk aplikasi berpotensi dalam keselamatan dan keselamatan awam.

Bersama SOSA, sebuah syarikat inovasi yang berpangkalan di Israel, HTX akan membangunkan programnya dan akan memanfaatkan rangkaian dan pengalaman SOSA dalam mempercepat inovasi daripada syarikat pemula teknologi untuk agensi keselamatan Israel.

Merasmikan majlis perasmian Hatch di LaunchPad @ one-north pada Selasa adalah Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

“Teknologi semakin berkembang dengan cepat secara eksponen.

“Dan HTX memahami keperluan untuk bekerja sangat rapat dengan syarikat pemula dan SME (syarikat kecil dan sederhana) kerana beberapa idea dan inovasi terbaik yang keluar dari ruang itu,” katanya.

Menurut HTX, pusat Hatch akan mempunyai pelbagai program yang akan diadakannya.

Antaranya termasuk Cabaran Inovasi Terbuka.

Diadakan dua kali setahun, ia adalah sebuah program pemacu untuk crowdsource atau memperolehi maklumat daripada orang ramai dan mengesahkan teknologi inovatif daripada syarikat permulaan global untuk cabaran keselamatan dan keselamatan awam.


Ciri unik Cabaran Inovasi Terbuka ialah syarikat pemula akan diberi peluang membangunkan bersama penyelesaian mereka secara langsung dengan saintis dan jurutera HTX dan pengguna daripada Jabatan Home Team untuk mencuba dan membuktikan konsep mereka dalam dunia senario sebenar.

Cabaran Inovasi Terbuka pertama dilancarkan pada Mac 2023 dan menarik pemohonan daripada 60 syarikat pemula dari pelbagai negara di dunia.

Selain itu, Hatch menawarkan Program Pengakap Teknologi, di mana ia secara aktif akan meninjau dan menyusun teknologi baru muncul merentas sektor industri.

Di bawah program itu, mereka dapat mengenal pasti teknologi yang boleh diubah menjadi penyelesaian untuk menangani cabaran dan keperluan operasi daripada Pasukan Home Team.

Ini akan membolehkan HTX memanfaatkan teknologi baru muncul dan membolehkan Home Team menjadi tangkas dalam inovasi untuk terus mendahului ancaman masa depan.

Mengulas tentang pusat ini, Ketua Eksekutif HTX, Encik Chan Tsan, berkata:

“Terdapat banyak idea yang baik dan baru daripada syarikat baru dalam sektor bukan keselamatan, seperti bioteknologi dan logistik, yang mempunyai potensi dwipenggunaan – iaitu teknologi mereka boleh digunakan dalam ruang keselamatan dan keselamatan awam, walaupun ini bukan tujuan asal.

“Hatch ingin menjadi portal bagi pemula di peringkat global daripada semua sektor berhubung dan bekerja dengan Home Team untuk mencipta penyelesaian baru demi meningkatkan keselamatan dan keselamatan awam,” kata beliau, yang juga merupakan Timbalan Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >