Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Reben Kuning lancar kempen baru bantu pesalah sesuaikan diri dalam masyarakat

Aug 06, 2021 | 05:30 AM



DALAM usaha menggalak kepentingan setiap individu untuk menyokong penyepaduan semula bekas pesalah ke dalam masyarakat, Projek Reben Kuning (YRP) telah melancarkan kempen baru, We Are Each Other's Second Chances atau "Kami Adalah Peluang Kedua Satu Sama Lain", semalam.



Kempen itu bertujuan menepis stigma yang dihadapi bekas pesalah sedang mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas keluar dari penjara.



Ia juga menekankan bagaimana individu, masyarakat dan organisasi, seperti majikan dan relawan, boleh berganding bahu bersama Khidmat Penjara Singapura (SPS) dan Reben Kuning Singapura (YRSG) untuk membantu perjalanan bekas pesalah ketika mereka mengatasi cabaran dan menyumbang kembali kepada masyarakat, menurut kenyataan YRP semalam.



"Reben kuning adalah simbol harapan, kemaafan, menebus kesalahan dan peluang kedua.



"Sesiapa sahaja boleh memainkan peranan dan menghulurkan tangan bagi membantu seorang teman bangkit dari masa silam mereka dan menerima satu lagi peluang untuk memulakan semula hidupnya," kata pengerusi jawatankuasa utama penganjur YRP, Encik Matthew Wee.



"Mereka perlu peluang kedua untuk melakukan kebaikan, menyertai semula masyarakat dan menyumbang kembali."



Sebuah filem pendek yang memaparkan kesukaran bekas pesalah juga telah dihasilkan, sebagai sebahagian daripada kempen itu.



Orang awam boleh menonton filem itu dengan mengimbas kod di iklan cetak dan digital yang diletakkan di serata pulau.



Penolong Superintenden Penjara Sherman Kwang, yang memegang watak pegawai penjara dalam filem selama lebih dua minit itu berkata:



"Sebagai pegawai penjara, kami sangat yakin bahawa semua orang layak menerima peluang kedua.



"Ramai banduan yang telah saya berinteraksi mempunyai keinginan tinggi untuk berubah menjadi lebih baik tetapi sering berasa khuatir mengenai bagaimana masyarakat akan memandang mereka apabila mereka keluar.



"Dengan kerjasama keluarga mereka, rakan masyarakat dan relawan, kita boleh bantu mengubah pemikiran dan membina keyakinan dalam diri mereka."



Jurulatih kerjaya di YRSG, yang memainkan watak sebagai jurulatih kerjaya dalam filem itu, menyatakan bahawa memberi pekerjaan kepada bekas pesalah adalah cara terbaik untuk memberi mereka peluang kedua.



"Ia sangat memuaskan hati melihat bekas pesalah yang telah bekerjasama dengan saya menyumbang kembali kepada masyarakat selepas mereka memanfaatkan peluang kedua yang mereka terima," tambahnya.



Antara usaha lain, YRP juga akan mendekati orang awam dengan mengiklankan kempen ini di cawan khusus untuk dibawa pulang di cawangan tertentu Ya Kun mulai 1 September hingga 31 Oktober tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >