KETIKA umurnya baru empat bulan, ibu bapa Haziq Aryan Zulfadhli telah memasukkannya ke dalam Program Campur Tangan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak (Eipic) Bawah 2 Tahun kendalian Awwa.
Kini, ibu bapanya - Encik Zulfadhli Abdul Rahman, 33 tahun, dan Cik Nurhuda Ismail, 37 tahun - telah melihat banyak peningkatan pada kanak-kanak berusia hampir dua tahun itu yang mengalami Sindrom Down.