Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada Erdogan selepas dipilih semula

May 30, 2023 | 08:10 PM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, atas pemilihan semula beliau pada Ahad.

Kemenangan Encik Erdogan melanjutkan tempoh perkhidmatannya sebagai pemimpin paling lama berkhidmat di negara itu sejak Mustafa Kemal Ataturk menubuhkan Turkey moden dari runtuhan Empayar Uthmaniyah seabad lalu.

Dalam suratnya bertarikh Isnin, Puan Halimah mengucapkan tahniah kepada Encik Erdogan, sambil menyatakan bahawa rakyat Turkey telah memberinya mandat yang mencerminkan keyakinan mereka terhadap kepimpinannya.

“Turkey dan Singapura menikmati hubungan mesra dan luas. Kami mempunyai hubungan kukuh dalam banyak bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, sains dan teknologi serta pengangkutan.

“Kami juga mempunyai hubungan budaya yang baik yang berpunca daripada hubungan sejarah antara Asia Tenggara dengan Empayar Uthmaniyah,” katanya.

Puan Halimah mengucapkan Encik Erdogan kesihatan dan kejayaan yang baik dan berkata beliau berharap dapat bekerjasama rapat dengannya untuk “mengeratkan hubungan yang saling memanfaatkan antara Singapura dengan Turkey”.

Encik Lee juga mengucapkan tahniah kepada Encik Erdogan dalam suratnya pada Ahad, menekankan “hubungan mesra yang telah lama terjalin” kededua negara, yang disokong oleh perkongsian strategik dan Perjanjian Perdagangan Bebas Turkey-Singapura.

“Kami menikmati kerjasama erat dalam bidang ekonomi dan budaya, serta mempunyai kerjasama yang semakin meningkat dalam bidang yang berpandangan ke hadapan termasuk ekonomi digital,” kata Encik Lee, sambil menambah bahawa Singapura juga gembira untuk terus menyokong Turkey dalam usaha untuk memperdalam lagi penglibatan di rantau ini di bawah inisiatif Asia Anew.


“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk meningkatkan perkongsian kami dan saya mendoakan kejayaan anda dalam penggal jawatan yang akan datang. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan anda lagi,” katanya.

Keputusan rasmi menunjukkan Encik Erdogan memenangi 52.1 peratus undi pada Ahad, menentang pencabarnya Encik Kemal Kilicdaroglu, yang mempunyai 47.9 peratus undi.

Pilihan raya itu dilihat sebagai salah satu pilihan raya paling penting bagi Turkey, dengan pembangkang percaya ia mempunyai peluang kuat untuk menggulingkan Encik Erdogan dan membalikkan dasarnya selepas popularitinya dilanda krisis kos sara hidup.

Sebaliknya, kemenangan Encik Erdogan mengukuhkan imejnya yang tidak dapat dikalahkan, selepas mengubah semula dasar domestik, ekonomi, keselamatan dan dasar ehwal luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >