Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prabowo terima anugerah tertinggi tentera S’pura

Nov 21, 2023 | 06:28 PM



Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto telah dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera), iaitu penghargaan tentera tertinggi Singapura.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana pada Selasa.

Encik Prabowo, 72 tahun, menerima anugerah itu atas sumbangannya dalam memperkukuh dan mempererat hubungan pertahanan dua hala Indonesia-Singapura, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Di bawah kepimpinan Encik Prabowo, Perjanjian Kerjasama Pertahanan antara kedua-dua negara telah diratifikasi, yang merupakan peristiwa penting dalam hubungan pertahanan dua hala.

Beliau juga menggalak kerjasama lebih erat antara kedua-dua pertubuhan pertahanan, termasuk menyelia pengendalian latihan utama dua hala dan pelbagai hala seperti LatihanSafkar Indopura dan Latihan Super Garuda Shield, serta lawatan peringkat tinggi.


Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Panglima Angkatan Pertahanan, Laksamana Madya (VADM), Aaron Beng; serta pegawai kanan pemerintah dan pegawai tentera dari Singapura dan Indonesia turut hadir di majlis itu.

Encik Prabowo berada di Singapura untuk lawatan selama dua hari sejak Isnin. 

Beliau juga bertemu Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada petang Selasa selepas majlis penyampaian anugerah tersebut.

Beliau menghadiri jamuan makan tengah hari, yang dihoskan oleh Dr Ng, di mana mereka berbincang mengenai perkembangan keselamatan serantau dan cara untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala.

Encik Prabowo adalah bakal calon bagi pilihan raya presiden Indonesia, yang dijangka berlangsung awal 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >