Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertahanan Mutlak penting bagi kekalkan keutuhan S'pura: Edwin

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



PERTAHANAN Mutlak adalah penting dalam mengekalkan keutuhan Singapura sedang ia menghadapi cabaran yang berubah, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong.



Beliau menambah pertahanan mutlak itu adalah lebih daripada mempertahankan negara daripada konflik bersenjata daripada penceroboh dan provokasi luar.



"Ia adalah juga mengenai orang-orang kita berkumpul, dengan semangat yang dikongsi, untuk menyumbang kepada kebaikan bersama, cekal harungi cabaran, ujian dan ancaman kita, serta mengiktiraf bahawa kekuatan ketenteraan dan kuasa tembakan yang unggul bukanlah satu-satunya ancaman kita,'' kata Encik Tong, dalam acara memperingati Hari Pertahanan Mutlak di The Float @ Marina Bay semalam.



Encik Tong menambah tempat acara itu adalah penting bagi sejarah peperangan Singapura kerana dari pusat bandar itulah tawanan perang terpaksa berarak ke Changi, di mana mereka telah ditahan.



Semalam, 15 Februari, menandakan ulang tahun ke-80 Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 1942. Ia menandakan detik hitam dalam sejarah apabila pihak British menyerah kepada Jepun di hari yang sama pada 1942.



"Jadi kami berdiri di sini mengingati komitmen kami terhadap pertahanan ketenteraan, penyebab di sebalik pemulaan perkhidmatan negara," kata Encik Tong.



Encik Tong berkata Fort Siloso, monumen negara ke-74 yang baru diwartakan, yang gagal melindungi Singapura semasa perang menjadi peringatan bahawa lebih banyak perkara perlu dilakukan untuk mempertahankan negara dari semua pihak.



"Ia juga sebagai peringatan bahawa perlu ada pertahanan terhadap semua jenis ancaman," kata Encik Tong.



Sementara itu, seramai 60 rekrut dari Pusat Latihan Asas Ketenteraan (BMTC) juga telah dipersembahkan senapang mereka buat pertama kali di The Float @ Marina Bay semalam.



Bagi rekrut, penerimaan senjata itu menandakan peralihan mereka daripada orang awam kepada seorang tentera.



Sementara itu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, ketika berucap di Upacara Memperingati Peperangan yang ke-55 di Taman Peringatan Perang di Beach Road semalam, melahirkan penghargaan beliau kepada veteran Singapura yang berjuang dalam perang dan perintis negara yang telah menyumbang dalam cara lain.



Tambahnya, beberapa kisah mereka juga telah didokumentasikan dalam pameran baru dilancarkan di dalam talian semasa acara itu.



Acara peringatan itu telah dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) setiap tahun sejak 1967.



Acara tahun ini dikurangkan kerana langkah pengurusan selamat Covid-19. Lebih dari 1,000 orang telah hadir dalam acara sama pada masa lalu.



Kira-kira 50 orang hadir di acara itu semalam, termasuk anggota Liga Veteran Angkatan Bersenjata Singapura dan ahli majlis SCCCI.



Acara itu juga terbuka kepada ahli keluarga mangsa awam. Sembilan wakil dari agama-agama utama Singapura turut berada di sana untuk menyampaikan doa kepada mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >