Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan Biasiswa Lim Kim San 2022 Yayasan SPH dibuka

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



PERMOHONAN bagi Biasiswa Peringatan Lim Kim San 2022 yang ditawarkan Yayasan Singapore Press Holdings sudah dibuka kini.



Sejak 2006, biasiswa ini telah membantu pelajar memenuhi aspirasi akademik mereka dan membawa mereka selangkah dekat lagi dengan impian mereka.



Biasiswa ini dibuka buat semua pengajian sepenuh masa berkenaan bahasa, linguistik dan kemanusiaan di universiti setempat.



Pemohon mestilah mempunyai pencapaian akademik dan kegiatan kokurikular cemerlang serta pendapatan isi rumah bulanan $5,000 atau kurang daripada itu.



Keputusan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' dan 'A' mahupun keputusan pengajian politeknik pemohon perlu cemerlang.



Individu yang berjaya menerima biasiswa ini juga dijangka menyumbang kepada masyarakat melalui kerja sukarela atau kemasyarakatan sewaktu atau sesudah pengajian.



Penganugerahan biasiswa ini meliputi pembiayaan penuh yuran kursus yang diambil termasuk tuisyen dan peperiksaan, elaun hidup $2,000 setahun dan elaun buku $300 setahun.



Tertakluk pada sikap dan kemajuan yang memuaskan, biasiswa ini adalah bagi tempoh minimum yang diperlukan penerima biasiswa untuk menamatkan kursus pengajian bagi ijazah pertama dan jika dapat digunakan, pengajian tahun kepujian, tetapi tidak melebihi tempoh maksimum empat tahun.



Penerima tidak terikat pada sebarang bon manakala peluang bekerja sambil belajar di SPH Media disediakan bagi penerima yang berjaya dan ingin menjalaninya mengikut jawatan kosong yang bersesuaian.



Tiada biasiswa akan diberikan kecuali Jawatankuasa Pemilihan berpuas hati terdapat calon dengan kualiti yang mencukupi.



Temu bual dengan pemohon yang terpilih akan dijalankan sekitar Mei/Jun ini.



Tarikh tutup permohonan ialah 30 April ini. Keterangan lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi menerusi laman www.sphfoundation.org.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >