Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga bazar Geylang Serai lapor ‘balik modal’ tapi hasil kutipan tidak setinggi dijangka

May 27, 2023 | 05:30 AM



HASIL kutipan oleh pengendali gerai Bazar Raya Geylang Serai – yang berlangsung selama 36 hari bermula dari 17 Mac hingga 21 April – rata-rata dikatakan di bawah jangkaan, meskipun rata-ratanya ramai yang ‘balik modal’.

Hal sedemikian lebih ketara bagi pengendali gerai makanan dan minuman (F&B) setelah margin keuntungan mereka difahamkan tidak begitu memberangsangkan dan ada yang sekadar mendapat pulangan modal saja.

Margin keuntungan merujuk kepada keuntungan bersih yang dijana sebagai peratusan daripada pendapatan – misalnya jika margin keuntungan bersih adalah 25 peratus, ini bermakna perniagaan tersebut memperoleh 25 sen daripada setiap dolar pendapatan yang dijana.

Ini di sebalik isu kos sewa bagi gerai F&B yang berjumlah antara $15,000 hingga $25,000, bergantung pada jenis makanan yang dijual dan berapa besar ruang yang disewa.

Demikian sentimen pengendali gerai yang dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini. BH telah menghubungi 10 pengendali gerai, namun hanya tujuh yang memberikan respons setakat ini.


Kesemua tujuh pegerai melaporkan mereka ‘balik modal’, tetapi tidak semua yang ingin mendedahkan keuntungan mereka. Dalam kalangan tujuh pegerai itu, dua pegerai melaporkan margin keuntungan 20 peratus hingga 30 peratus.

Bagi pemilik Big Big Fries, Cik Yanling Toh, misalnya, beliau berkata perniagaannya hanya sekadar mendapat pulangan modal.

Beliau, yang kali pertama tampil di Bazar Geylang Serai, berkata: “Hasil kami cukup-cukup saja untuk menampung kos perbelanjaan.”

Gerai beliau, yang menjual minuman dan makanan ringan seperti kentang goreng dan bagel, terletak di mezanin di khemah belakang Wisma Geylang Serai (WGS).

Menurutnya, beliau telah mengeluarkan belanja sekitar $36,000 untuk operasi pengendalian gerainya – ini termasuk kos sewa, kos pekerja, elektrik dan sebagainya.

“Saya perlu letakkan matlamat menjual 100 set sajian hanya untuk mendapat pulangan modal harian.

“Mujur saya berkongsi ruang dengan satu lagi perniagaan, jadi kos sewa dapat dibahagi dua,” jelasnya.

Daripada pengamatannya, beliau melihat bahawa sambutan pelanggan agak menurun sekitar minggu ketiga dan keempat sebelum ia meningkat semula pada hari-hari menjelang Hari Raya.

Pandangannya turut dikongsi pemilik gerai Meat My Meat, Encik Amir Khan Mohamed Iqbal. Gerainya menjual sandwic daging atau sosej serta kentang goreng.

Veteran bazar Geylang Serai berusia 35 tahun itu menjelaskan beliau melihat sambutan pelanggan bagi bazar Raya lalu itu tidak begitu baik berbanding tahun-tahun lepas dan perlu menanggung kos lebih tinggi.

“Saya ada dua gerai di Geylang, satu terletak di sebelah Tanjong Katong Complex (TKC) dan satu lagi di tempat letak kereta antara WGS dan TKC.

“Kami mendapat pulangan modal tetapi margin keuntungan yang dicapai sekitar 30 peratus ialah jauh daripada sasaran,” jelas beliau, yang telah berniaga di bazar Geylang Serai selama tujuh tahun.

Beliau menjangkakan margin keuntungan sekitar 60 peratus.

Encik Amir menambah beliau telah membelanjakan hampir $80,000 untuk kos perbelajaan bagi dua gerai tersebut di Geylang.

Lantaran itu, beliau bercadang untuk menyemak keputusan untuk kembali ke Bazar Raya Geylang Serai pada masa hadapan sekiranya acara itu diadakan saban tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >