Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggodam bocorkan data peruncit jam mewah Cortina

Jun 10, 2023 | 05:09 PM



Penggodam data yang telah mencuri maklumat peruncit jam mewah, Cortina Watch, dengan mengakses secara sulit salah satu servernya, telah membocorkan maklumat syarikat itu ke dalam talian, termasuk kontak dan alamat tempat tinggal pelanggan mereka.

Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan, hasil tinjauannya baru-baru ini mendapati data merangkumi lebih 7GB, termasuk butiran pelanggan, vendor, kakitangan dan operasi kumpulan senarai umum itu telah dimuatnaikkan dalam sebuah laman kongsi fail pada Khamis.


Data yang dicuri itu termasuk nama pengguna atau ‘username’ dan kata laluan akaun syarikat dan staf, dengan beberapa akaun pentadbir yang mengongsi kata laluan yang sama.

Maklumat yang dibocorkan dalam web gelap itu juga termasuk data pelanggan seperti kontak perhubungan, alamat rumah dan tarikh lahir.

Senarai bekalan jam, tempahan pembelian dan taktik penjualan firma itu juga telah dimuatnaik.

Beberapa dokumen juga mendedahkan bagaimana jam mewah tertentu ditetapkan harganya.

Dalam satu dokumen senarai atau ‘spreadsheet’ berjudul “stok bergerak lembab dan berulang”, satu senarai jam mewah menunjukkan satu kolum dengan tanda “kos”.

Ia mempunyai beberapa maklumat yang diisi dalam bentuk peratusan.

Beberapa maklumat itu menunjukkan peratusan seperti di bawah 23 peratus bersebelahan satu lagi kolum yang meletakkan perkataan “RSP” dipercayai adalah harga runcitnya.

Satu lagi dokumen mengandungi satu senarai beberapa model jam dengan harga berbeza yang diisikan berdasarkan kategori “runcit”, “datang kedai” dan “pelanggan kerap”.

Salah satu ruang dalam dokumen itu menunjukkan sejenis jam yang ditetapkan harga runcit bernilai $48,130, harga ‘walk-in’ setinggi $75,000 dan harga pelanggan kerap atau ‘regular’ berjumlah $73,000.

Satu lagi fail mengandungi taktik penjualan, yang menjelaskan bagaimana jurujual di kedai harus memperkenalkan jenama jam mewah tertentu dalam perbincangan bersama pelanggan dan bagaimana mempengaruhi mereka untuk membelinya dengan menceritakan sejarah dan warisan jenama itu.

Ia juga menunjukkan arahan untuk menawarkan diskaun sehingga 10 peratus bagi pelanggan tertentu dan menetapkan harga lebih tinggi bagi pelanggan yang datang kedai secara ‘walk-in’.

Nama-nama sekurang-kurangnya 12 individu Malaysia berpangkat Datuk juga didapati dalam senarai pelanggan itu.

Cortina pada 4 Jun telah mengenal pasti kegiatan mencurigakan dalam salah satu servernya.

Seorang penceroboh data dengan nama pengguna ‘Bassterlord’ telah mendakwa dirinya bertanggungjawab atas perbuatan itu dalam satu catatan di Twitter pada hari yang sama.

Dia dipercayai merupakan seorang lelaki berusia 20-an tahun dari Ukraine yang mengetuai satu kumpulan penceroboh data dipanggil National Hazard Agency.

Lelaki itu telah meminta wang berjumlah AS$50,000 ($67,000) untuk memusnahkan atau memulangkan kesemua maklumat itu dan memberikan tempoh sehingga 6 petang pada Khamis untuk membuat rundingan berkenaan bayaran itu.

ST melaporkan pencerobohan itu pada Isnin, 5 Jun. Cortina mengeluarkan kenyataan bahawa ia sedar terhadap pencerobohan itu menerusi Bursa Singapura (SGX) pada Selasa.

Keesokan harinya pada Rabu, Encik Jeremy Lim, ketua pegawai eksekutif Cortina Watch, berkata “syarikatnya telah membuat tindakan serta merta untuk mengenal pasti, menyekat dan menangani serangan terhadap server yang bakal berlaku” selepas pencerobohan tersebut.

‘Bassterlord’ mendakwa di Twitter dia telah menghubungi Cortina sekurang-kurangnya empat kali berkenaan bayaran itu, tetapi tidak dibalas.

Selepas tarikh tamat itu, dia membocorkan maklumat tersebut di laman gelap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >