Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan timbang langkah jika risiko ekon berlaku

DPM Wong: Sektor binaan, pelancongan kekal berdaya tahan; kemelesetan teknikal
bergantung pada faktor luaran
May 27, 2023 | 05:30 AM



PERSOALAN apakah Singapura akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal akan bergantung pada faktor luaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Jumaat.

Buat masa ini, sektor domestik seperti binaan dan pelancongan kekal berdaya tahan, katanya.

Berkata demikian semasa menjawab soalan media di akhir lawatannya ke Jepun, Encik Wong yang juga Menteri Kewangan berkata Singapura akan terus memantau hal ini secara lebih teliti dan menimbangkan langkah yang perlu diambil sekiranya risiko yang tidak diingini berlaku.

“Sama ada kami akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal akan bergantung pada sekitaran luaran.

“Ia bukannya berkaitan dengan faktor pengurangan risiko (derisking) atau pemisahan (decoupling) , tapi keadaan sekitaran luaran sepanjang 12 bulan akan datang.

“Dan itu akan bergantung kepada faktor seperti kesan pada industri elektronik masa kini, bagaimana ia pulih, keadaan ekonomi China, sekiranya ia pulih dengan pantas atau sekiranya ekonomi Amerika dapat pulih dengan sempurna,” katanya.

Encik Wong menambah semua faktor luaran itu akan menjejas pengeluaran luar dan sektor berkaitan perdagangan.

“Buat masa ini sektor domestik seperti binaan dan juga sektor pelancongan kekal berdaya tahan.

“Maka kami akan memantau ini dengan teliti dan akan menimbangkan langkah yang akan diambil sekiranya risiko yang tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Encik Wong, berada di Jepun bagi satu lawatan rasmi dari Selasa hingga Sabtu.

Semasa di Jepun, Encik Wong menemui rakan sejawatannya, Perdana Menteri Encik Fumio Kishida pada Jumaat menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Kenyataan itu berkata kededua Encik Wong dan Encik Kishida mengesahkan hubungan cemerlang antara Singapura dengan Jepun dan mengambil kira kemajuan yang dibuat dalam kerjasama dua hala.

Mereka juga membincangkan cara membawa hubungan dua hala ke hadapan, termasuk menerusi kerjasama lebih luas tentang isu-isu kepentingan bersama seperti pendigitalan dan ekonomi hijau.

“Encik Wong dan Encik Kishida juga membincangkan tentang perkembangan serantau dan antarabangsa utama serta mengesahkan akan kepentingan mengekalkan corak serantau yang terbuka, inklusif dan berdasarkan peraturan, termasuk memupuk sinergi berpotensi antara Harapan Asean mengenai Indo-Pasifik (AOIP) dan Pelan Bebas Jepun dan Indo-Pasifik Terbuka (FOIP),” tambah kenyataan itu.

Sementara itu Encik Wong turut mengalukan usaha Jepun untuk mendalami hubungan dengan Asean dan menantikan usaha mempertingkat hubungan kepada Kerjasama Strategik Komprrehensif sedang kededua pihak menyambut ulang tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama Asean-Jepun.

“Encik Wong melahirkan keyakinan bahawa Puncak Memperingati Asean-Jepun yang akan diadakan lewat tahun ini di Tokyo akan berjaya,” ujar kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >