Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembocoran data Goldheart jejas 42,000 pelanggan

Jun 06, 2023 | 03:08 PM



RANGKAIAN barang kemas Aspial Lifestyle, Goldheart, mendedahkan bahawa data hampir 42,000 pelanggan e-dagangnya telah bocor pada Isnin.

Data tersebut melibatkan nama pelanggan, alamat, emel, tarikh lahir dan nombor telefon.

Namun, data kewangan seperti maklumat kad kredit atau kata laluan tidak diakses.

Dalam satu pemfailan bursa, Goldheart berkata analisis forensiknya setakat ini telah mengesahkan laman web e-dagangnya menjadi sasaran aktiviti haram dan mencurigakan daripada “pihak luar” yang tidak dikenal pasti.

Akses haram itu dikesan pada 24 Mei.

Berikutan itu, Goldheart berkata pasukannya segera melancarkan siasatan menyeluruh, yang kemudiannya mendapati maklumat peribadi pelanggannya yang dilog sebelum November 2022 telah dibocorkan.

Goldheart berkata langkah untuk mengurangkan sebarang akses haram telah diambil.

Ini termasuk menggantung laman web e-dagangnya, melindungi sistemnya dan bekerjasama dengan pakar keselamatan siber serta pihak berkuasa yang berkaitan.

Syarikat itu juga telah memberitahu semua pelanggan yang terjejas mengenai kejadian itu, memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Goldheart mengatakan terdapat risiko aktiviti penipuan yang rendah bagi mereka yang terjejas disebabkan sifat data yang terjejas.

“Selain itu, kami telah meminta semua pelanggan yang terjejas untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu, termasuk memastikan bahawa emel yang diterima adalah daripada pengirim yang sah dan menyemak pautan e-mel dengan teliti,” kata Goldheart.

Goldheart mengatakan mereka mengambil kejadian ini dengan serius.

Sebelum pengumuman tersebut pada Isnin, saham Aspial Lifestyle ditutup pada $0.141, 0.7 peratus atau $0.001 lebih rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >