RANCANGAN Singapura hendak memperluas rangkaian kereta api lebih 50 peratus akan tertangguh akibat pandemik Covid-19, namun negara ini tetap mahu mencapai matlamat itu menjelang awal 2030-an, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, semalam.
"Terdapat sedikit penangguhan akibat kesan yang dibawa Covid-19 terhadap pekerja binaan. Namun, matlamat memperluas rangkaian MRT... tidak berubah," kata Encik Khaw, tanpa memberi butiran lanjut tentang tempoh penangguhan yang dianggarkan.