DENGAN peningkatan yang dijangka dalam keperluan kesihatan mental sedang mata pencarian terjejas akibat krisis Covid-19 dan orang ramai semakin bimbang, Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) sedang mempertingkat kempen nasionalnya untuk memberikan sokongan kepada mereka yang mempunyai keadaan seperti itu dan meningkatkan kesedaran awam tentang bagaimana untuk membantu mereka pulih dan membina daya tahan.
Majlis tersebut semalam melancarkan edisi ketiga kempen antistigma kesihatan mental nasionalnya Beyond The Label, di tengah-tengah cabaran kesihatan mental lebih besar disebabkan pandemik itu.