Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan yang ambil bekas pesalah bakal dapat sokongan imbangan gaji

Mar 02, 2023 | 05:30 AM



MAJIKAN yang menggajikan bekas pesalah akan menerima sokongan imbangan gaji di bawah skim baru, Kredit Peningkatan Pekerjaan (UEC).



Ini akan diperkenalkan selepas berakhirnya program Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (GI) pada bulan ini.



Memberikan perincian lebih lanjut, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang berkata majikan yang menggajikan bekas pesalah di bawah program pekerjaan Reben Kuning Singapura dan Khidmat Penjara Singapura akan menerima sokongan bagi mengimbangi 20 peratus daripada gaji bagi sembilan bulan pertama, sehingga $5,400 - yang dibataskan kepada $600 - bagi setiap pekerja bekas pesalah.



Majikan akan menerima sokongan UEC, bagi setiap bekas pesalah yang baru diambil bekerja antara April 2023 dengan Disember 2025.



Kata Cik Gan:



"Kami akan menyemak semula skim ini selepas tempoh itu, bagi menilai keberkesanannya dalam memperbaiki hasil pencarian kerja bekas pesalah, seperti pengekalan pekerjaan dan gaji.



"Kami berharap ini akan memberi bantuan dalam menyokong pengambil pekerja bekas pesalah."



Menurut Cik Gan, insentif pengambilan bekerja bagi golongan bekas pesalah akan menolong menggalak lebih ramai majikan untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi bekas pesalah.



Di bawah JGI, majikan yang layak yang menggajikan bekas pesalah menerima kadar sokongan lebih tinggi dan tempoh sokongan lebih lama.



Antara September 2020 dan Ogos 2022, program itu telah menyokong hampir 1,000 majikan yang menggajikan sekitar 2,600 bekas pesalah.



"Pada masa ini, lebih ramai majikan yang tampil ke depan untuk bekerjasama dengan Reben Kuning Singapura yang menyediakan sokongan penempatan untuk bekas pesalah," tambah Cik Gan.



Memberi respons terhadap gesaan Encik Patrick Tay (Pioneer) supaya memberi sokongan lebih tinggi untuk latihan, pekerjaan dan pengambilan pekerja bekas pesalah, Cik Gan berkata UEC melengkapi usaha meluas oleh Reben Kuning - termasuk latihan kemahiran untuk banduan dan sokongan mengekalkan pekerja.



"Kami akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (MHA) dan Reben kuning bagi menyokong bekas pesalah kembali bersepadu ke dunia pekerjaan," terang beliau.



Sementara itu, Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya (EEC) akan dirangsang.



Buat masa ini, EEC menyediakan sokongan imbangan gaji tetap sehingga 20 peratus kepada majikan kepada pekerja kurang upaya yang meraih gaji di bawah $4,000 sebulan.



Majikan yang menggajikan golongan kurang upaya yang tidak bekerja selama sekurang-kurangnya enam bulan akan menerima imbangan gaji tambahan buat masa terhad, sehingga 10 peratus selama enam bulan.



Justeru pemerintah akan meningkatkan kadar sokongan ini daripada 10 peratus ke 20 peratus dan menambah tempoh sokongan daripada 6 bulan kepada 9 bulan.



Bersama dengan sokongan imbangan gaji tetap, ini bermakna majikan akan menerima sokongan imbangan sehingga 40 peratus bagi sembilan bulan pertama mereka menggajikan pekerja kurang upaya yang tidak bekerja sekurang-kurangnya enam bulan dan selepas itu sokongan imbangan 20 peratus.



Pada 2022, EEC memberi manfaat kepada lebih 10,000 orang kurang upaya termasuk hampir 2,000 mereka yang tidak bekerja sekurang-kurangnya enam bulan.




"Kami akan menyemak semula skim ini selepas tempoh itu, bagi menilai keberkesanannya dalam memperbaiki hasil pencarian kerja bekas pesalah, seperti pengekalan pekerjaan dan gaji.



Kami berharap ini akan memberi bantuan dalam menyokong pengambil pekerja bekas pesalah."



- Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >