Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SURAT SM THARMAN KEPADA PM LEE

Mahu wakili rakyat dari semua kaum dan agama, latar belakang, kecenderungan politik

Jun 08, 2023 | 09:01 PM



Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya telah memutuskan untuk menamakan diri saya sebagai calon dalam Pilihan Raya Presiden akan datang. Oleh itu, saya ingin bersara daripada politik dan semua jawatan saya dalam pemerintah.

Saya berhasrat mahu meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP), dan meletak jawatan sebagai Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial. Saya bercadang berbuat demikian sebulan dari sekarang (pada 7 Julai 2023), supaya saya dapat memenuhi komitmen rasmi segera saya di Singapura dan antarabangsa, serta memastikan bahawa pengaturan dapat dilakukan sepenuhnya bagi kawasan undi GRC Jurong untuk terus diberi khidmat dengan baik buat baki penggal pilihan raya.

Begitu juga, saya akan berundur sebagai Pengerusi, Penguasa Kewangan Singapura (MAS); Timbalan Pengerusi, Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC); Pengerusi Majlis Penasihat Antarabangsa, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan tanggungjawab lain yang saya laksanakan sebagai pemegang jawatan menteri.

Saya berasa rendah hati dengan permintaan yang saya terima dalam beberapa bulan kebelakangan ini, daripada rakyat Singapura daripada pelbagai lapisan masyarakat, untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden jika Presiden Halimah Yacob memilih untuk tidak bertanding lagi.

Ia adalah satu keputusan sukar. Saya telah berunding dengan keluarga saya, dan memikirkan dengan teliti cara terbaik bagi saya boleh berkhidmat kepada negara pada tahun-tahun akan datang.

Saya telah secara komited meluangkan keseluruhan hidup saya kepada perkhidmatan awam dan memajukan kepentingan Singapura.

Saya bermula sebagai ahli ekonomi profesional di MAS. Saya terus menyertai perkhidmatan awam, dan meminta secara khusus untuk berkhidmat di Kementerian Pendidikan.

Saya kemudiannya kembali ke MAS semasa anda menjadi Pengerusi untuk bekerjasama dengan anda bagi memantapkan sistem kewangan semasa Krisis Kewangan Asia serta menyusun semula cara kita mengawal selia dan membangunkan sistem, memulakan khidmat sebagai Timbalan Pengarah Urusan dan kemudian sebagai Pengarah Urusan.

Namun, yang paling memberi keistimewaan terbesar kepada saya ialah berkhidmat dalam politik sejak 22 tahun lalu.

Sebagai Anggota Parlimen (AP), membantu penduduk mengatasi kesukaran dan memenuhi aspirasi mereka. Dalam tanggungjawab menteri dalam pemerintah sedang kita membuat anjakan besar untuk membina masyarakat lebih inklusif dan menyusun semula ekonomi.

Dalam memajukan kedudukan Singapura melalui kepimpinan saya dalam pelbagai majlis antarabangsa. Dan dalam sektor bukan pemerintah, di mana saya telah mempengerusikan lembaga Institut Kepimpinan Buruh Ong Teng Cheong selama dua dekad dan Sinda (Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura) sejak 12 tahun lalu, dan menyokong pertubuhan sivik lain.

Kita berada dalam satu tempoh peralihan, baik di Singapura dan antarabangsa. Pasukan ‘4G’ di bawah Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong telah dibentuk dengan amat baik, berunding secara aktif dengan orang ramai, dan memikirkan semula strategi kita buat masa hadapan. Cabaran yang perlu mereka hadapi akan terus berkembang, namun melepasi, penyerahan kepimpinan.

Mereka perlu menangani krisis sejagat baru yang pasti akan muncul, bekerjasama rapat dengan rakyat Singapura untuk mengekalkan kepercayaan dalam sekitaran domestik yang berubah, dan memastikan kerelevanan dan tarikan Singapura dalam dunia yang lebih berpecah-belah.

Saya percaya bahawa saya kini boleh berkhidmat sebaiknya kepada Singapura bukan dalam politik, tetapi dalam peranan berlainan yang harus berada di atas politik.

Jika saya cukup bernasib baik untuk dipilih sebagai Presiden, saya akan mewakili perpaduan rakyat Singapura, daripada semua kaum dan agama, latar belakang sosial, dan kecenderungan politik, pada masa tatkala pandangan penduduk menjadi lebih pelbagai.

Saya akan teliti dan tidak berat sebelah dalam memenuhi kewajipan perlembagaan Presiden berkaitan dengan penggunaan berhemat dalam rizab negara dan pelantikan penting yang memelihara kewibawaan sistem Singapura.

Saya juga akan berusaha sebaik mungkin untuk menonjolkan kepentingan dan suara Singapura dalam dunia yang semakin bergelora.

Kesedihan terbesar saya ialah bersara sebagai AP, setelah membina hubungan mendalam dengan penduduk dan sukarelawan di Taman Jurong dan seluruh GRC Jurong. Saya berharap dapat mengekalkan persahabatan ini, yang kebanyakannya telah berlangsung berpuluh tahun lamanya. Saya yakin rakan-rakan AP saya yang berdedikasi di Jurong akan bekerja keras berganda kali untuk berkhidmat sepenuhnya kepada semua penduduk semasa penggal pilihan raya semasa.

Saya amat berterima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat di Singapura. Saya amat berterima kasih atas kepimpinan, nasihat dan keterbukaan anda kepada perbahasan sesama rakan sekerja selama bertahun-tahun, atas kerja berpasukan dan sumbangan semua rakan sekerja saya dalam pemerintah, dan atas bimbingan yang diberikan PM (Perdana Menteri) ketika itu, Encik Goh Chok Tong, dan pasukannya semasa saya mula menyertai Kabinet.

Peranan saya berhubung dengan pemerintah akan berubah secara asas jika saya dipilih sebagai Presiden. Apa yang tidak akan berubah ialah keyakinan saya dalam kisah Singapura yang berterusan: sebuah masyarakat dengan setiap orang mendapat sokongan untuk meningkatkan diri mereka tanpa mengira titik permulaan kehidupan mereka, dan sebuah negara berbilang kaum yang rakyatnya berbangga dengan identiti uniknya dan rasa kebersamaan yang semakin mendalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >