Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai kunjungi Geylang hujung minggu terakhir

Peniaga yakin penjualan naik apabila pembeli belanja saat akhir
Apr 16, 2023 | 05:30 AM



ORANG ramai membanjiri bazar Geylang Serai pada hujung minggu terakhir Ramadan.



Pemilik kedai permaidani Fotohi Carpet Gallery, Encik Reza Fotohi, berkata perniagaan beliau agak perlahan bagi tiga minggu pertama Ramadan dan telah susut 20 peratus, namun beliau yakin ia rancak dalam minggu terakhir.



"Saya yakin kerana tahun ini, saya lihat ramai pelanggan akan beli-belah pada saat-saat akhir. Oleh kerana bazar telah dibuka lebih awal sebelum Ramadan, ramai telah tinjau kedai dahulu. Pada minggu terakhir inilah kami dapat lihat lebih ramai pelanggan dan kami mengalu-alukan kedatangan mereka."



Keyakinan beliau itu kerana beliau nampak corak pembelian pelanggan "selama berdekad-dekad berniaga".



Encik Reza punyai gerai bazar di luar Tanjong Katong Complex (TKC).



"Meskipun sedih ini bazar Raya terakhir kami di TKC, kami akan usahakan yang terbaik, misalnya memanjangkan tempoh lelong permaidani. Sudah tentu saya sedih berpindah dari TKC, namun kami akan tetap menyertai bazar pada 2024 dan selanjutnya," ulas Encik Reza telah berniaga di TKC sejak 2000.



Pemilik gerai pakaian Khadija Exquisit, Encik Mubeen Raffi, pula dapati bahawa perniagaannya lebih rancak pada dua minggu pertama Ramadan.



Isterinya, yang juga merupakan pemilik bersama perniagaan itu, Cik Siti Maisa Abdat, yang membantu mengendali gerai bazar di hadapan Wisma Geylang Serai berkata penjualan sejauh ini memuaskan.



"Walaupun jumlah pelanggan minggu ketiga dan akhir tidak begitu ramai, syukur secara purata jualan tidak terjejas dan kami sudah meraih keuntungan. Kami juga faham tidak semua pelanggan akan ke bazar mencari baju. Ramai kini ke seberang Tambak untuk membeli baju raya," ujar Cik Siti Maisa.



Encik Mubeen menambah: "Kami juga beri tumpuan kepada penjualan dalam talian sebagai huraian alternatif membantu meningkatkan trafik ke gerai kami."



Sejauh ini respons pelanggan amat menggalakkan dalam talian. Turut merasakan persaingan perniagaan jualan baju ialah pemilik By Harmoni, Cik Siti Aisyah Ahmad, yang mempunyai kedai di TKC.



Walaupun koleksi rayanya laris jual, beliau akur persaingan perniagaan lebih tinggi berbanding 2022.



"Untuk tangani persaingan, saya pastikan bahawa saya mempunyai kaedah jualan yang unik dan memasarkan melalui media sosial," ujar Cik Siti Aisyah.



Antara pelanggan yang ditemui Berita Minggu ialah Cik Nur Anisah Sabriman, 28 tahun, yang membeli keperluan Hari Raya bersama adiknya Muhammad Iman Sabriman, 18 tahun.



"Kami ke Geylang Serai pada petang Jumaat kerana jangkakan ia akan lebih sesak pada hari-hari seterusnya. Kebetulan ia juga hari cuti bekerja jadi cepat-cepat datang beli baju raya dan kuih-muih," ujar Cik Nur Anisah, seorang jururawat.



Seorang lagi pelanggan yang telah selesai perbelanjaan Hari Raya ialah Cik Suwarti Suparthi, 52 tahun.



Cik Suwarti membeli dua pasang baju Raya dan pelbagai aneka kuih-muih serta kerepek untuk Hari Raya nanti.



"Walaupun sudah lama tak beraya tanpa sekatan, saya masih berjimat apabila berbelanja. Hanya membeli apa yang perlu," ujar ibu lima anak dan nenek 14 cucu itu. Beliau berbelanja sekitar $500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >