Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai atlet mungkin dibenar tangguh NS: Eng Hen

NS
Jul 07, 2022 | 06:31 AM



KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) bersedia membenarkan lebih ramai atlet negara menangguh Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa mereka untuk berlatih bagi pertandingan antarabangsa, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Parlimen kelmarin.



Tetapi mereka mesti memenuhi tempoh penuh tanggungjawab NS mereka selepas mengambil masa untuk berlatih, dan melaksanakan tugas mereka dengan memuaskan, tambah beliau.



"Saya berbangga kerana atlet negara kita memahami dan menerima tugas NS ini," kata Dr Ng, sebagai respons kepada Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, mengenai apakah Mindef akan mengadakan dialog mengenai jangkaan atlet negara yang menjalani NS, dan apakah kriteria penangguhan boleh dilonggarkan.



Dr Ng berkata tiada atlet yang meminta dikecualikan daripada tugas NS, termasuk mereka yang menyertai pertandingan antarabangsa baru-baru ini.



"Saya juga tahu bahawa ahli sukan negara kita mahu melakukan yang baik bagi kedua-duanya - menunaikan tugas NS mereka dan juga memenangi pingat untuk Singapura, sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka.



"Ada yang telah mencapainya, tetapi ia bukan mudah dicapai, dan kita tidak harus meletakkan jangkaan tidak realistik terhadap kesemua mereka," katanya.



"Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengejar kedua-dua matlamat, Mindef bersedia membenarkan lebih ramai melakukan penangguhan, untuk berlatih dan bersaing dalam pertandingan antarabangsa semasa NS sepenuh masa mereka."



Isu NS dan atlet negara kembali menjadi perhatian Mei lalu, selepas perenang Joseph Schooling berkata adalah mencabar untuk mengimbangi tugas NS dan renang.



Beliau meminta agar diadakan satu dialog kebangsaan untuk menguruskan jangkaan atlet yang melakukan NS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >