LEBIH 60 peratus daripada 3,700 kambing yang diimport untuk ibadah korban tahun ini telah dijual.
Sehingga 12 tengah hari semalam, sejumlah 2,291 kambing sudah ditempah dan hanya tinggal baki kurang 40 peratus sahaja lagi daripada bekalan kambing Australia yang dikhususkan untuk ibadah tahun ini.