Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Korban luar negara jimat kos, masjid boleh lanjut usaha ihsan: SalamSG Korban

May 29, 2023 | 05:31 AM



KHIDMAT korban di luar negara lebih menjimatkan dari segi kos bagi kededua masjid dan sohibul korban, dan ini akan membolehkan masjid-masjid memperluaskan inisiatif ihsan mereka, seperti pengagihan daging korban kepada golongan memerlukan, di luar bulan Zulhijjah, kata SalamSG Korban.

Jawatankuasa itu menyatakan demikian kepada Berita Harian (BH) ketika menjawab soalan berhubung urusan ibadah korban untuk umat Islam Singapura pada 2023.

Pada 16 Mei 2023, mereka mengumumkan bahawa 52 masjid akan menawarkan khidmat korban di luar negara sempena musim korban 2023 dengan setiap kambing berharga antara $360 dengan $380 seekor – harga tertinggi yang ditawarkan sejak ibadah tersebut dilakukan di Australia tatkala bermulanya pandemik Covid-19 pada 2020.

Hanya dua masjid – Masjid Petempatan Melayu Sembawang di Sembawang dan Masjid Al-Firdaus di Choa Chu Kang – dipilih menjalankan ibadah korban secara langsung di sini dan ia akan dilakukan sepenuhnya oleh pengendali privet.

Ditanya apakah khidmat korban di luar negara akan menjadi satu norma pada tahun-tahun mendatang dan jika ibadah korban secara langsung di masjid-masjid tidak lagi akan diadakan pada masa depan, jawatankuasa itu berkata:

“SalamSG Korban memerhatikan trend di mana para Muslim melakukan ibadah korban mereka di luar negara. Kami menyediakan mereka pilihan ini untuk membawa daging korban ke Singapura dari Australia. Pahala melakukan korban di dalam dan luar negara adalah sama.

“Melakukan korban di luar negara juga lebih menjimatkan kos bagi kedua-dua masjid dan sohibul korban. Di samping itu, proses ini membolehkan masjid-masjid memperluaskan inisiatif ihsan mereka, seperti pengagihan daging kepada golongan memerlukan, iaitu penerima zakat, pekerja migran dan keluarga banduan, di luar bulan Zulhijjah.”

Jawatankuasa itu menambah bahawa Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan Masjid Al-Firdaus telah dipilih bagi mengadakan korban secara langsung atas persetujuan mereka, ketua masjid dan pengendali tempatan, Aaliyah’s Pte Ltd, setelah mengambil kira jarak masjid tersebut yang jauh dari kawasan perumahan dan juga kawasan yang ramai orang.

Syarikat Aaliyah’s kemudian menyewa premis masjid tersebut untuk menjalankan korban.

“Oleh sebab seluruh operasi korban setempat dilakukan sektor privet, dua masjid tersebut tidak terlibat, kecuali dalam menyediakan ruang di masjid.

“Bakal sohibul korban dinasihatkan untuk menghubungi pengendali privet secara langsung (bukan pejabat masjid) bagi sebarang urusan berkaitan korban tempatan yang dijalankan di dua masjid ini,” kata SalamSG Korban.

Pemeriksaan BH mendapati terdapat lebih banyak syarikat privet yang menawarkan khidmat korban di luar negara tahun ini, termasuk syarikat QurbanNow SG yang diasaskan Encik Farehan Hussein.

Beliau berkongsi kemungkinan terdapat sekitar 100 syarikat setempat – terdiri daripada sekitar 20 penyedia khidmat korban utama dan bakinya peniaga ‘reseller’ – yang menawarkan khidmat itu tahun ini.

“Masyarakat kita kini lebih terbuka untuk melakukan korban di negara yang memerlukan bantuan. Perkara baik tentang melaksanakan korban di luar negara ialah ianya memberi fleksibiliti kepada mereka yang ingin lakukan ibadah korban untuk memilih negara yang berbeza setiap tahun dan harganya kekal berpatutan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >