Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Mendaki, firma biofarmaseutikal terkemuka dunia asuh pelajar ITE

Sehingga 100 karyawan MSD Pharma (Singapura) akan dekati pelajar di bawah program #amPowered@ITE
Feb 04, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 120 pelajar tahun satu Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dijangka meraih manfaat hasil perkongsian mentor korporat baru antara Yayasan Mendaki dengan MSD Pharma (Singapura), sebuah syarikat biofarmaseutikal terkenal di dunia.



Sebagai sebahagian daripada perkongsian terkini, sehingga 100 karyawan MSD daripada pelbagai bidang Teknologi Maklumat (IT) akan mendekati pelajar ITE di bawah program #amPowered@ITE.



Menurut MSD, program bimbingan selama sembilan bulan itu dijangka disertai sehingga 70 peratus atau 84 pelajar Melayu/Islam di ITE dalam program bimbingan korporat yang julung kali diadakan.



Program itu bertujuan mempersiap belia di institusi demi masa depan selain meneroka industri pertumbuhan.



Memorandum Persefahaman (MOU) itu ditandatangani semalam oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Aidaroyani Adam; Pengarah Urusan MSD Singapura dan Malaysia, Dr Abdullahi Sheriff dan Pengarah Hal Ehwal Luar , Dasar dan Komunikasi MSD, Cik Lu-Ching Lau.



Turut menghadiri majlis tersebut ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Dalam ucapannya, Encik Zaqy berkata MOU itu menawarkan lebih banyak peluang bimbingan atau pementoran kepada belia serta megembangkan lagi bakat dan keupayaan mereka.



"Ini merupakan peluang yang besar bagi anak-anak kita untuk mendapat pendedahan kepada firma antarabangsa.



"Contohnya, bagaimana mereka dapat bekerja di kilang-kilang pembuatan yang besar, atau dapat pengalaman menggunakan sistem keselamatan siber bertaraf dunia.



"Pendedahan ini adalah penting supaya mereka dapat mencapai pekerjaan korporat atau antarabangsa pada masa akan datang," kata Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki.



Sejak dilancarkan pada 2019, program Pemerkasaan ITE #amPowered@ITE, telah memberi manfaat kepada seramai 4,200 peserta. Kira-kira sepertiga daripadanya merupakan pelajar ITE.



Di bawah perkongsian itu, sehingga 100 karyawan dari MSD, terdiri daripada saintis data, keselamatan siber serta kecerdasan buatan (AI) dan pakar U.X. (pengalaman pengguna), pakar pemasaran, penyelidik percubaan klinikal, profesional pembuatan dan jurutera akan terlibat.



Pelajar yang menyertai program pementoran itu akan dipadankan dengan mentor yang akan membantu mereka dalam menetapkan matlamat dan mendorong mereka untuk merealisasikan potensi serta mencapai aspirasi.



Menurut MSD, setiap mentor dijangka membimbing seramai dua hingga tiga pelajar.



Selain itu, sukarelawan MSD juga akan mendedahkan belia kepada peranan dan peluang berbeza dalam industri biofarmaseutikal dan memahami cabaran pengambilan pekerja semasa dan masa hadapan.



Peserta juga akan diperkenal kepada aplikasi dunia sebenar seperti percetakan 3D dan siber keselamatan, mendapat peluang menghadiri bengkel kecekapan, kegiatan sepasukan, bengkel kemahiran insani dan sesi perkongsian.



Mengalu-alukan perkongsian terkini, Dr Sheriff berkata ia memberi peluang bagi MSD untuk menarik perhatian lebih ramai anak muda dalam industri ini.



"Kami percaya dalam memberi sokongan kepada bakat muda pada tahap awal.



"Ini supaya mereka dapat peluang memahami industri ini dengan lebih mendalam dan juga mempelajari tentang bagaimana mereka dapat terus mengembangkan kemahiran dalam industri ini."




"Ini merupakan peluang yang besar bagi anak-anak kita untuk mendapat pendedahan kepada firma antarabangsa.

Contohnya, bagaimana mereka dapat bekerja di kilang-kilang pembuatan yang besar, atau dapat pengalaman menggunakan sistem keselamatan siber bertaraf dunia."

- Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >