Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama BH, cabang ‘Financial Times’ tingkat usaha dekati pembaca muda

Jul 15, 2023 | 05:30 AM



Akhbar Berita Harian (BH) sedang bekerjasama dengan cabang runding cara strategi akhbar Financial Times (FT), FT Strategies untuk meneroka strategi bagi memperbaiki usaha mengembangkan bilangan pembaca muda di bawah 35 tahun.


Berita Harian merupakan satu-satunya media di Singapura yang terpilih bagi program Makmal Kepelbagaian Audiens (ADL) FT yang ditaja oleh Google News Initiative (GNI).


BH adalah salah satu daripada enam media yang dipilih di Asia Tenggara, termasuk MalaysiaKini dan Tempo, setelah menjalani pusingan temu ramah.

Program selama enam bulan, yang dimulakan sejak pertengahan Jun lalu, akan meliputi sekumpulan kakitangan BH bekerjasama dengan pasukan FT Strategies untuk menganalisis data, menjalankan tinjauan pembaca dan kakitangan serta melaksanakan beberapa ujian untuk melihat keberkesanan strategi-strategi yang dilakarkan.

“Inisiatif ini satu peluang baik bagi Berita Harian untuk memahami cita rasa pembaca muda dan mendekati mereka.


“Kami juga dapat menimba pengalaman berguna daripada bilik berita di negara-negara lain di dunia tentang cara-cara meluaskan lagi jangkauan kami.

“Pada akhirnya, kami berharap dapat menyajikan kandungan berita, maklumat dan sajian hiburan yang lebih bermutu dan menarik kepada pembaca,’‘ ujar Editor BH, Encik Nazry Mokhtar.

Pasukan BH yang bekerjasama dengan FT Strategies telah bertemu dalam talian setiap minggu sejak pertengahan Jun sehingga November ini.

Isnin lalu, pasukan FT Strategies seramai empat orang yang diketuai Pengetua FT Strategies, Encik Jim Egan yang berpangkalan di London berkunjung ke bilik berita BH untuk bertemu pasukan BH yang bekerjasama dengan FT Strategies.

Encik Egan, yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BBC Global News, kini mengetuai FT Strategies yang membantu media di dunia melakar dan melaksana strategi rombakan digital untuk meningkatkan pendapatan, langganan dan interaksi bersama audiens.

Ketika ini, satu tinjauan pembaca sedang dijalankan hingga akhir Julai ini bagi memahami trend pembaca.

Tinjauan itu boleh dilakukan dalam talian di media sosial BH. Sejajar dengan itu, tinjauan kakitangan turut dijalankan.

Menerusi dapatan tinjauan itu serta data Analitik Google (GA) yang dikumpulkan, beberapa daya usaha akan cuba diperkenal bagi meningkatkan pembaca muda di bawah 35 tahun.


FT Strategies telah memperkenalkan program ADL di Eropah untuk membantu para penerbit di sana. Antaranya ialah sebuah penerbitan perniagaan dan kewangan digital terbesar Sepanyol, El Confidencial, yang ingin menarik pembaca berusia 35 tahun dan ke bawah.


Melalui ujian yang dijalankan, pasukan itu menggunakan alat Indeks Pengguna Berita Google untuk memperbaiki langganan risalahnya dan media sosialnya di samping memperbaiki lamannya untuk menarik minat pembaca muda.


BH telah mengembangkan wadah digitalnya bagi menarik pembaca termasuk podcast #NoTapis, TikTok dan Instagram sejajar dengan perubahan trend pembaca, khususnya golongan muda.


Malah, ia telah mempergiat usaha mendekati golongan muda melalui acara BHazar BH di Wisma Geylang Serai (WGS) yang menampilkan band Masdo, Kem Wartawan Muda bagi pelajar sekolah menengah dan memperkenalkan Kelab Gen G bagi mendekati golongan pelajar.


Laporan lanjut di Muka 6




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >