Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerbang ikonik

Kerja naik taraf jalur budaya Geylang Serai dilancar

Jun 10, 2023 | 07:06 PM



Kerja naik taraf jalur budaya Geylang Serai merangkumi kawasan dari Changi Road hingga hujung Geylang Road telah dilancarkan pada Sabtu.

Antara ciri baru yang boleh dinikmati orang ramai adalah sebuah gerbang ikonik memaparkan ciri reka bina kekampungan Melayu di atas persimpangan terkemuka Pasar Geylang Serai, Joo Chiat Complex dan Bangunan Tristar Inn di Geylang Road.

Ciri lain termasuk kemudahan mesra pengguna, laluan berbasikal, tempat rehat dan ciri reka bina menarik di Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex.

Kesemua ini dijangka siap menjelang suku ketiga 2024.

Melancarkan kerja naik taraf itu ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman – yang juga Pengerusi Jalur Budaya Geylang Serai – dalam satu acara pecah tanah di Wisma Geylang Serai (WGS) pagi Sabtu.







Encik Tharman dalam ucapannya selaku tetamu terhormat berkata projek naik taraf itu adalah penting bukan sahaja bagi masyarakat Melayu Singapura tetapi bagi seluruh masyarakat berbilang kaum di sini. Ini kerana Geylang Serai merupakan pusat di mana pelbagai kejadian bersejarah penting dalam perkembangan Singapura telah berlaku.

“Ia sesuatu cerminan mikro budaya berbilang kaum Singapura,” katanya.

Kawasan bakal dinaik taraf itu akan dilengkapi kemudahan umum baru, prasarana dipertingkat serta program kemasyarakatan yang diperluas bagi memperkukuhkan hubungan antara masyarakat.

Ia akan dijalankan serentak dan secara beransur agar dapat mengurangkan gangguan terhadap para peniaga, penduduk dan pengunjung, kata pihak pengurusan WGS dalam kenyataannya pada Sabtu.

Tempat letak basikal bagi pengunjung dan pekerja penghantaran makanan di sepanjang Geylang Road turut akan diperbaiki, bersertakan ciri mesra pengguna keperluan khas seperti tempat naik turun kenderaan khusus bagi pengguna kerusi roda.

Laluan jalan kaki di kawasan itu turut dinaik taraf termasuk laluan berbasikal yang akan dihubungkan dengan Rangkaian Penghubung Taman Sims Avenue.







Di Joo Chiat Complex, kerja membina laluan berteduh di Changi Road telah dilancar, lengkap dengan tangga dan tanjakan dari bangunan rumah kedai dan perhentian bas.

Selain itu, ruang terbuka di luar bangunan tersebut menghadap Geylang Road akan menerima bumbung agar acara atau pesta dapat dianjurkan di situ tanpa dihambat perubahan cuaca pada masa mendatang.

Dr Maliki, selaku hos acara pada Sabtu, menyatakan kemajuan Geylang Serai berharap dapat membuatnya lebih menarik serta memperkukuhkan identiti kebudayaan kolektifnya.

Dalam ucapannya, beliau berkata ciri terbaru di Wisma Geylang Serai, seperti gelanggang dan ruang berbilang guna Anjung@WGS, telah menerima sekitar 100,000 pengunjung sejak ia dibuka pada Julai 2022.

Kemudahan itu boleh diguna bagi tujuan majlis walimah, acara sukan dan lain-lain lagi.

“Program yang kami sediakan di sini, kami mendapat inspirasi daripada kegiatan serta gaya kehidupan yang dinikmati di Geylang pada masa dahulu, agar anak muda di sini dapat menghargai apa yang telah berlaku pada masa lalu dan membina zaman semasa dan masa depannya bersama-sama,” kata Dr Maliki.

Beliau juga berharap kawasan Geylang akan menjadi satu mercu tanda bagi masyarakat sejagat dan boleh dihargai pengunjung dari luar negara sebagai sebuah tempat yang menarik dan bersejarah.

“Saya harap kami dapat membayangkan masa depan sebuah Geylang Serai yang dapat menyatupadukan orang ramai dari pelbagai kaum dan budaya dan terus memeriahkan tempat ini,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >