Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenderaan perisai baru lindung polis dari peluru

Sistem memintas dron turut diperkenal dalam Pameran dan Seminar Pelan Kerja Polis
May 13, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH kenderaan diperkuat baru yang mampu melindungi pegawai polis daripada peluru semasa mereka menentang ancaman bersenjata akan ditambah kepada kumpulan kenderaan Pasukan Operasi Khas (SOC).



Dibangunkan bersama polis dan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), ia dilengkapi dengan perisai dan jaringan pelindung.



Superintenden Roy Shafiq Aw, Pegawai Komand Unit Taktikal Polis, SOC, berkata kenderaan itu akan membantu mempertingkat perlindungan sedang pegawai bertindak dengan cepat terhadap kejadian keselamatan.



Beliau menambah ia dapat bertindak secara pantas untuk mengatasi ancaman jika berlaku kejadian keselamatan awam.



Ciri-ciri lain termasuk sistem pengumuman awam, lampu cahaya limpah dan kamera bersensor atau 'sense-making camera'.



Sewaktu satu pertunjukan pada Jumaat, pegawai SOC mempamerkan bagaimana kenderaan itu boleh digunakan.



Dalam senario tersebut, sekumpulan lelaki bersenjatakan senapang telah mengepung sebuah pusat beli-belah dan unit polis lain tidak dapat memasuki bangunan disebabkan kuasa senjata api berat yang digunakan lelaki bersenjata itu.



Pegawai SOC, yang menggunakan Kenderaan Serangan Taktikal sebagai pelindung sewaktu aksi tembak-menembak itu, dapat memasuki bangunan tersebut untuk mengatasi ancaman, lapor akhbar The Straits Times.



Kenderaan itu dilancarkan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam di Pameran dan Seminar Pelan Kerja Polis pada Jumaat, yang diadakan secara fizikal buat kali pertama sejak 2019.



Tema bagi seminar 2023 ialah Pasukan Siap Masa Depan Bagi Negara, dengan inisiatif tertumpu kepada mempertingkat tindak balas polis pada kejadian melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam, menambah pengawasan polis di barisan hadapan, serta mempertingkat penyampaian khidmat dan penglibatan bersama masyarakat.



Di seminar yang diadakan di Singapore Expo itu, polis turut memperkenalkan sistem memintas dron yang mula beroperasi pada awal 2023.



Polis telah mencuba pelbagai sistem memintas dron sejak 2020.



Sistem yang kini digunakan dibangunkan bersama HTX, dan terdiri daripada sensor elektro-optik, pengesan, paparan kawalan dan komand serta penyekat pistol atau 'jammer gun'.



Ia dikendalikan pegawai dari Komand Keselamatan Perlindungan. Apabila sebuah dron dikesan, mereka menggunakan sensor untuk menjejakinya, dan pada masa yang sama mengerahkan pegawai untuk menghentikan penerbangannya dengan mencari juruterbang dron.



Jika perlu, pegawai boleh menggunakan 'jammer gun' itu untuk mengganggu signal kawalan dron dan membawa ia turun sebelum mengambilnya bagi siasatan.



Superintenden Seah Yew Keng, Pegawai Komand bagi Komand Kenderaan Udara Tanpa Pemandu Home Team, berkata dron berniat jahat mungkin dapat melangkau langkah-langkah keselamatan tradisional di acara besar.



Beliau menambah bahawa pembangunan dalam teknologi dron telah membawa kepada ancaman baru terhadap keselamatan Singapura.



"Adalah perlu bagi polis untuk mengerahkan sistem mengatasi dron sebagai langkah keselamatan tambahan bagi melindungi Singapura daripada ancaman tidak konvensional seperti itu," katanya.



Inisiatif lain yang dipaparkan di seminar itu termasuk robot rondaan, yang telah dikerahkan di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi sejak April; sistem gedung senjata automatik yang dibangunkan bagi senjata polis dan pendigitalan khidmat polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >