Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan e-basikal bertambah

Sep 07, 2023 | 01:18 PM



Dengan semakin banyak e-basikal digunakan di sini, kemalangan melibatkan kenderaan itu meningkat saban tahun.

Bilangan e-basikal yang didaftar di sini meningkat lebih dua kali ganda sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, melonjak daripada sekitar 16,000 pada 2020 kepada 37,320 pada akhir Jun 2023.

Angka yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menunjukkan bilangan e-basikal berdaftar meningkat kepada 33,453 pada 2021 dan 37,000 pada 2022.

Dengan peningkatan itu, bilangan kemalangan jalan raya melibatkan e-basikal juga telah bertambah. Polis Trafik berkata terdapat 157 kemalangan melibatkan e-basikal pada 2022, meningkat sedikit daripada 150 pada 2021 dan naik berganda daripada 78 pada 2020, lapor The Straits Times.


Beberapa daripada kemalangan itu mengakibatkan kematian – tiga pada 2020, tiga pada 2021 dan dua pada 2022.

Pakar pengangkutan berkata lonjakan bilangan pengguna e-basikal disebabkan peningkatan bilangan penunggang menggunakan e-basikal untuk penghantaran semasa pandemik Covid-19, kemampuan membeli kenderaan sedemikian dan ketersambungan berbasikal yang lebih baik di Singapura.

E-basikal merupakan pilihan pengangkutan yang digemari penunggang penghantaran makanan tanpa lesen motosikal.

Sesetengah penunggang beralih kepada e-basikal selepas e-skuter dilarang dari laluan pejalan kaki pada November 2019 untuk menangani kebimbangan keselamatan awam.

Namun, dalam ruang penghantaran makanan, syarikat di sini berkata mereka tidak melihat sebarang peningkatan kemalangan melibatkan e-basikal.

Grab berkata pada 2022, 99.99 peratus daripada tunggangan dan penghantarannya di rantau ini berlaku tanpa sebarang insiden keselamatan.

Syarikat itu enggan mendedahkan angka khusus bagi Singapura pada tahun-tahun sebelum itu.

Foodpanda berkata ia tidak melihat sebarang peningkatan kemalangan melibatkan rakan penghantaran mereka di sini.

Deliveroo pula tidak mahu memberi sebarang komen.

Dalam pada itu, Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA), yang mewakili pekerja penghantaran makanan dan bungkusan di sini, menganjurkan bengkel keselamatan e-basikal secara kerap.

Presidennya, Encik Goh Yong Wei, berkata ia juga bekerjasama dengan LTA dalam program pendidikan merangkumi topik seperti menunggang secara selamat.

Penunggang e-basikal mesti lulus ujian teori dalam talian – merangkumi modul mengenai laluan dan keselamatan jalan raya, kod etika am dan tingkah laku menunggang selamat – sebelum mereka dibenarkan menggunakan laluan berbasikal atau laluan yang dikongsi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >