Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PANDANGAN

Keluhan serupa didengar sejak 20 tahun lalu...

May 27, 2023 | 05:30 AM



HASIL jualan terjejas selain kadar sewa dan kos pekerja yang tinggi merupakan keluhan yang sering diajukan peniaga di Bazar Raya Geylang Serai – sejak 20 tahun lalu.

Padahal sesetengah pegerai merupakan peniaga musiman yang kembali saban tahun berniaga di bazar tersebut.

Pada 2003, wartawan sendiri melaporkan terdapat beberapa pegerai yang menganggarkan penjualan mereka merosot sehingga 50 peratus dalam dua minggu pertama Ramadan, dan pada 2009 terdapat peniaga bazar yang melaporkan keuntungan merosot sehingga 40 peratus.

Dalam laporan 8 November 2003, wartawan telah menemu ramah beberapa pegerai dan pekedai sekitar kawasan Geylang Serai yang ketika itu mengadu penjualan merosot sehingga 50 peratus berbanding tempoh yang sama dua tahun sebelumnya.

Penjualan yang muram itu dipercayai berpunca daripada sikap pembeli yang lebih suka berjimat kerana masih terasa kesan akibat kelembapan ekonomi ketika itu.

Malah, ketika itu para peniaga juga kurang yakin perniagaan dapat bangkit semula dalam minggu terakhir Ramadan, tempoh penjualan terakhir bulan puasa yang selalunya rancak.

Pada 6 September 2009 pula wartawan bersama dua rakan sepejabatnya sekali lagi melaporkan keluhan peniaga bazar di Geylang Serai yang mendakwa keuntungan menipis sehingga 40 peratus – tahun demi tahun.

Antara punca keuntungan yang merosot adalah kurangnya masyarakat setempat yang ke bazar selain tarikan juadah Raya di seberang Tambak pada ketika itu.

Berdasarkan temu ramah yang dibuat pada masa itu, ramai dalam kalangan mereka merupakan peniaga musiman.

Persoalannya jika keluhan tersebut kerap kali ditimbulkan saban tahun, jadi mengapa peniaga musiman ini tetap kembali berniaga di Bazar Raya Geylang Serai?

Dalam temu ramah terkini dengan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, beliau menarik perhatian bahawa ramai pegerai bukan baru dalam perniagaan ini dan ramai yang tahu selok-belok industri bazar ini dengan baik.

Ini hasil lawatannya lebih 10 kali ke Bazar Raya Geylang Serai 2023.

“Hasil lawatan itu, saya dapati ramai daripada peniaga bukan baru dan mereka tahu tentang perniagaan bazar ini.

“Sesetengah mereka mempunyai lebih daripada satu gerai juga,” kata Dr Faishal.

Jika lebih dari satu gerai, maka pegerai ini sedar bahawa mereka mampu raih keuntungan menerusi perniagaan musiman itu.

Malah Dr Faishal menambah ada sesetengah pegerai berkongsi naratif yang tidak memaparkan situasi sebenar di tapak bazar tersebut.

“Bukan sekali tapi terdapat beberapa insiden pertemuan saya dengan peniaga sebegini dan keadaan sebenarnya tidaklah seburuk seperti yang dilaporkan dalam media sosial,” tambahnya.

Isu sewa gerai di Bazar Raya Geylang Serai 2023, yang dianjurkan Wisma Geylang Serai (WGS) dan menampilkan 700 gerai, menjadi perbualan baru-baru ini disebabkan harganya yang boleh mencapai sekitar $25,000 bagi sesetengah gerai.

Bazar tersebut diuruskan konsortium yang dibentuk S-Lite Event Support, TLK Trade Fair and Events dan Enniche Global Trading.

Konsortium itu, dalam satu laporan sebelum ini, berkata kos sewa gerai tersebut adalah dalam kadar sewa pasaran dan mereka telah mengumumkan pada 26 Januari lalu bahawa kadar sewa asas bagi semua gerai di bazar itu adalah daripada $2,000 hingga $19,000.

Pada 2024 pula, bilangan gerai di Bazar Raya Geylang Serai dijangka berkurangan menyusuli kerja naik taraf yang akan berlangsung di kawasan tersebut.

Kerja naik taraf akan berlangsung di Tanjong Katong Complex dan berdekatan Joo Chiat Complex serta Pasar Geylang Serai.

Memandangkan bekalan gerai dijangka berkurangan, dan sekiranya permintaan bagi gerai sama dengan tahun ini, maka bukankah ini bermakna harga sewanya akan meningkat?

Berdasarkan hal ini Dr Faishal berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik dalam menyelaras kadar sewa sambil mengambil kira kuasa pasaran pada 2024.

Ini termasuk menyediakan pakej bidaan yang dimampui, katanya lagi.

Mungkin pakej bidaan yang dikatakan Dr Faishal itu akan dapat meredakan keluhan 20 tahun itu namun untuk menghilangkannya terus, mungkin tidak akan berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >