Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadir: Lupakan Eropah, bangunkan kerjasama dengan pasukan serantau

May 29, 2023 | 05:30 AM



SEDANG inisiatif membangun bola sepak di peringkat belia - Unleash The Roar (UTR) - mencerminkan usaha pembangunan bola sepak negara berada di landasan yang betul, namun bekas pemain negara dan jurulatih setempat, Kadir Yahaya, berkata ia memerlukan penyesuaian.

Antara penyesuaian yang perlu dibuat menurut beliau ialah kerjasama Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) dan projek UTR dengan kelab-kelab atau persatuan bola sepak di negara Eropah seperti Perancis dan Sepanyol mungkin perlu diteliti semula.

“Tahap pemain kita jelas sudah jatuh di belakang jiran-jiran kita. Mungkin ada baiknya kita teliti sistem pembangunan bola sepak mereka. Thailand dan Vietnam mempunyai sistem bola sepak belia yang telah buahkan hasil di peringkat Asean dan menunjukkan kemajuan di peringkat Asia.

“Kita perlu melihat pembangunan bola sepak sebagai satu perjalanan, yang harus diambil secara bertahap-tahap,” ujarnya.

Kadir berkata demikian kepada Berita Harian (BH) dalam wawancara setelah beliau dilantik Ketua Bolasepak Belia di kelab Thailand, BG Pathum.

Dilancarkan pada 2021, Unleash the Roar! adalah projek bola sepak nasional yang dilancarkan pemerintah, dan bertujuan membangun dan mencungkil bakat baru yang boleh menjadi pemain yang mewakili Singapura ke Piala Dunia 2034.

Nama Kadir sinonim dengan pembangunan belia dalam bola sepak setempat.

Reputasi tersebut dibangunkannya sepanjang tempoh memimpin pasukan dan program pembangunan belia dalam struktur bola sepak negara.

Sebelum menyertai Pathum, beliau menggunakan kepakaran dan ‘sentuhan emasnya’ di peringkat bola sepak beliau dengan berkecimpung dalam bola sepak di peringkat sekolah.

Bekas pemain pertahanan berusia 54 tahun itu memimpin pasukan ‘A’, ‘B’ dan ‘C’ di St Joseph’s Institution’s (SJI).

Kadir berjaya memimpin SJI - yang secara tradisi tidak dikenali dengan kehebatan pasukan bola sepaknya - untuk memenangi kejuaraan dalam pertandingan nasional dan zon.

Mengulas lanjut, Kadir ketika itu berkata, penguasa bola sepak negara perlu bertindak pantas lebih-lebih lagi setelah negara-negara seperti Laos, Kemboja dan Vietnam telah pun mengatasi Singapura di peringkat belia.

Justeru, Kadir berkata beliau kurang pasti sama ada budaya bola sepak di negara Eropah dan keterbatasan waktu perjalanan ke negara-negara itu adalah strategi terbaik untuk bangunkan pasukan bola sepak belia seperti yang diimpikan Unleash the Roar!

Menurutnya, sekiranya kerjasama dijalin dengan pasukan serantau, di Thailand contohnya, para pemain itu boleh didedahkan kepada mutu bola sepak lebih tinggi secara lebih kerap dan konsisten.

“Kita harus akui budaya di Singapura ialah pelajaran dahulu, bola sepak kemudian. Jadi, kalau kita ada kerjasama dengan kelab Thailand, bila ada cuti umum atau cuti hujung minggu, pemain kita boleh ke sana untuk berlatih dan mengadakan perlawanan. Dan mereka boleh lihat standard realistik yang perlu mereka capai untuk bersaing di peringkat serantau. Kalau kerjasama dengan kelab di Sepanyol, kena tunggu cuti sekolah hujung tahun, baru nak pergi berlatih,” jelasnya.

Oleh Nazri Hadi Saparin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >