Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jauhi dadah apabila isteri minta cerai selepas 21 tahun bersama

Jun 29, 2023 | 05:30 AM



Bagi Encik Mohammad Feroz Haron, 58 tahun, beliau rasakan kesukaran menjauhi dadah.

Beliau hanya tersentak apabila menerima surat minta cerai daripada isterinya semasa beliau dalam penjara menjalani hukuman lima tahun. Beliau akhirnya sedar dan ingin berhenti menggunakan dadah kerana sedar akan kesan perbuatannya terhadap keluarga.

Sejak 1993, beliau telah keluar masuk penjara akibat penggunaan dadah heroin selama lebih 20 tahun. Namun, hanya timbul rasa serik apabila isterinya meminta cerai pada 2014.

“Pada saat menerima surat itu, baru saya sedar bagaimana isteri saya telah bertahan dengan kelakuan saya selama 21 tahun. Baru saya ingat bagaimana saya telah abaikan isteri dan anak-anak saya,” jelas bapa dua anak itu.

Beliau berasa amat kesal kerana tidak menghargai dan menjaga keluarganya semasa ketagihan dadah dan hanya sedar apabila mereka ingin meninggalkannya.

Dari 2014 hingga 2018, beliau hanya mampu kesal dan tekad untuk mempertingkatkan dirinya.

Encik Feroz berharap usahanya mengubah kehidupannya dapat membuktikan dirinya masih mampu menjaga keluarganya.

Malah, beliau telah menduduki peperiksaan  Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ dan ‘A’ di penjara untuk mendapatkan kelulusan lebih baik.

Apabila keluar penjara pada 2018, beliau cuba berdamai semula dengan keluarganya dengan bantuan sukarelawan. Akhirnya, beliau merujuk semula dengan isteri pada 2019.

Baginya, pengalaman ini telah mengingatkannya tentang kepentingan keluarga dalam proses menjauhi dadah. Keluarga merupakan orang terdekat dan penagih dadah seperti beliau memerlukan mereka untuk sedari akan kesilapan tersebut.

USAHA BAGI PENAGIH DADAH LAIN

Dengan kesedaran tersebut, beliau ingin membantu pula penagih lain.

Encik Feroz dan beberapa sukarelawan telah bekerjasama melancarkan program Highpoint HCSA khusus buat bekas penagih selepas meninggalkan rumah peralihan, Act In Motion (A.I.M.) Society.

Rumah peralihan adalah tempat tumpangan sementara bagi bekas pesalah menguruskan diri selepas keluar penjara. Bekas pesalah menetap di rumah tersebut sekitar enam bulan sambil bekerja di luar.

Dengan A.I.M. Society, bekas pesalah boleh menghadiri pelbagai jenis aktiviti seperti kelas kecelikan kewangan, bola sepak dan acara riadah seperti barbeku. Keluarga mereka juga dijemput hadir bagi acara persatuan ini.

Menurut Encik Feroz, penglibatan keluarga berperanan sebagai sokongan dan dorongan yang utuh. Apabila ahli keluarga menjalani program penjauhan dadah bersama keluarga, mereka juga boleh menjadi rapat dengan keluarga.

Persatuan tersebut kini mempunyai lebih 80 bekas pesalah dengan kadar residivisme atau pengulangan jenayah, agak memberangsangkan.

Menurutnya, setakat ini, dalam 60 peratus anggotanya telah berjaya tidak masuk semula ke penjara selama tempoh lima tahun.

Semasa acara dan kaunseling bersama anggota persatuan ini, Encik Feroz banyak berkongsi pengalaman beliau meniti kehidupan selepas dadah dan memberi nasihat. Antaranya, beliau berkongsi panduan untuk mendapatkan rumah dan menguruskan kewangan dengan baik.

CARA ELAK KEMBALI KE DADAH

Encik Feroz juga banyak menghabiskan masa dengan aktiviti di ruangan rumah yang beliau gelar sudut pemulihan atau “healing corner”.

Di rumah, beliau mengisi masa lapang dengan bermain dram dan gitar serta memelihara ikan serta kucing.

Malah, beliau juga akan menyertai aktiviti luar seperti usaha pengumpulan dana rumah peralihan Highpoint HCSA, “Everesting for Second Chances”, yang sedang berlangsung.

Dalam usaha mengumpul dana itu, Encik Feroz mengayuh basikal secara maya dan di kawasan luar. Semua peserta diberi tempoh enam minggu untuk mengayuh basikal sejauh 8,848 meter.

“Saya rasa penting bagi bekas pesalah seperti saya mencari aktiviti yang dapat mengisi masa lapang dan pada masa yang sama, mempunyai objektif yang baik,” jelasnya yang kini bekerja secara bebas.

Menurutnya, beliau dan isteri juga akan pergi memancing bersama-sama di Pasir Ris pada waktu malam dan melihat bintang di langit. Aktiviti seperti ini membantu beliau menjauhi dadah dan lebih penting lagi menjadi lebih dekat bersama isteri.

Beliau berasakan aktiviti bersama isteri dan keluarga dapat membantunya mengenali mereka dengan lebih dekat, satu cara untuk menebus masa yang beliau habiskan untuk dadah.

Beliau kini mempersiapkan diri bagi waktu persaraan agar dapat menghabiskan masa sepenuhnya bersama keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >