TIANG miring yang menjadi antara ciri unik Tanjong Katong Complex (TKC) di bahagian luar bangunan menghadap Tanjong Katong Road akan dikekalkan.
Selain itu, laluan masuk baru akan dibina di bahagian utara Tanjong Katong Complex (TKC) bagi memudahkan pengunjung yang datang dari Stesen MRT Paya Lebar atau Sims Avenue, menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA).
Ia akan menghubungkan pintu masuk kawasan selatan TKC bagi pengunjung yang datang dari Geylang Road.
Perubahan fizikal kepada bangunan itu boleh dinantikan pengunjung selepas kerja-kerja naik taraf TKC selesai. Kerja-kerja naik taraf TKC dijangka bermula separuh kedua 2023.
"Muka luar (facade) bangunan yang dikemas kini akan 'melembutkan' rupa dan sekitaran semasa TKC yang ada sekarang. Ia akan membolehkan lebih banyak cahaya matahari masuk ke dalam bangunan dan menonjolkan lagi bahagian dalam bangunan itu,'' ujar kenyataan SLA.
Ruang tambahan juga akan dibina dalam bangunan itu, yang akan menawarkan lebih banyak ruang terbuka untuk kegiatan masyarakat.
Kerja-kerja merancakkan semula TKC akan menjadikannya bangunan kontemporari yang lebih sesuai dengan pembangunan kejiranan seperti Kinex Shopping Mall, SingPost Centre, PLQ Mall dan Wisma Geylang Serai (WGS).
Meskipun sudah merakam empat lagu sendiri di gedung digital Spotify dengan salah sebuah lagu Kekasih Hatiku sudah distrim hampir 50,000 kali, bakat muda Singapura, Izzan Adlan, ingin tahu sejauh mana
Bayangkan suapan sandwic ‘deli’ yang menampilkan pastrami yang disalai, dilapisi dengan sos mustard, sauerkraut dan keju.
Itulah yang pengalaman yang ditawarkan di Deli by The Meatery, dengan rasa
Seorang teman sanggup menunggu Sarah Yasmine, wanita yang mendakwa dirinya ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, bersiaran secara langsung di TikTok walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi.
Se
OpenAI, pereka ChatGPT, berkata ia akan mengeluarkan model AI baru yang dipanggil GPT-4o yang mampu menghasilkan perbualan suara yang realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan imej.
Ia
SAN FRANCISCO: Syarikat pembuat kenderaan elektrik Tesla, mahu memberhentikan lagi 601 pekerja di California, kata syarikat itu dalam satu pemberitahuan kepada pemerintah negeri.
Ini berlaku sedang
Pesakit tidak lama lagi boleh meneruskan latihan pemulihan jasmani di rumah selepas mereka keluar dari hospital menerusi pertolongan sebuah program bantuan kecerdasan buatan (AI).
Program Sistem
Senario sebegini jarang-jarang dapat dinikmati dalam sesebuah konsert.
Si datuk menggoyangkan kepalanya digamit memori silam meniti usia remaja di kampung permai sekitar 1960-an apabila Datuk Jeffrydin
Pengumuman pemerintah baru-baru ini mengenai garis panduan tiga pihak yang mengarahkan majikan melaksanakan proses formal bagi pengaturan kerja fleksibel menandakan langkah penting dalam memberi kuasa
Menonton filem bisu lakonan pelawak Hollywood, Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, merupakan antara kegiatan masa lapang saya sewaktu meniti usia kanak-kanak sekitar 1970-an dan 1980-an.
Daya tarikan
Apakah benar produk lebih mahal menjamin mutu yang lebih baik?
“Harga mekap biasanya mengambil faktor harga pendaftaran dan pelesenan. Produk yang melalui proses ujian, pemeriksaan semuanya melibatkan

TKC mempunyai ruang lantai kasar seluas 19,000 meter pergi.
Bangunan empat tingkat itu menempatkan lebih 100 penyewa yang mempunyai pelbagai penjualan seperti butik fesyen, perabot, langsir, rekaan dalaman dan sebagainya.
Dibentuk sejak 1984, ia diletakkan di bawah zon komersial di bawah Pelan Induk 2019.