Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong, DPM Heng utus warkah tahniah kepada 2 DPM baru M'sia

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



DUA Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong dan Encik Heng Swee Keat, telah mengutus warkah tahniah kepada dua Timbalan Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof, baru-baru ini.



Dalam surat tersebut, Encik Wong dan Encik Heng antara lain menarik perhatian hubungan mendalam yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara jiran itu serta mengalu-alukan usaha terus memperkukuh hubungan dua hala itu pada masa akan datang.



Encik Wong dan Encik Heng turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kerana menang di kerusi Parlimen Bagan Datuk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Menurut mereka, kemenangan beliau di Bagan Datuk buat kali ketujuh berturut-turut menunjukkan keyakinan penduduk di kawasan itu terhadapnya sebagai wakil mereka di Dewan Rakyat serta membuktikan khidmatnya yang komited di kawasan tersebut sedang beliau memikul tanggungjawab di peringkat nasional.



Menarik perhatian hubungan mendalam yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara, Encik Wong berkata:



"Kerjasama rapat kita mengharungi pandemik Covid-19 mencerminkan rasa saling percaya dan memahami yang tinggi antara pemimpin dan pegawai kita.



"Dengan pembukaan penuh sempadan kita awal tahun ini, ramai warga Singapura dan Malaysia dapat berhubung semula dengan orang yang tercinta.



"Saya mengalu-alukan kerjasama dengan anda untuk memperkukuh hubungan dua hala kita bagi manfaat rakyat kita bersama."



Tambahnya, perjanjian rangka kerja dalam bidang ekonomi hijau dan digital yang dimeterai Ogos lalu juga boleh menjadi asas untuk memperluas lagi kerjasama dalam sektor baru itu.



Encik Heng berkata beliau juga gembira lebih banyak pertukaran dan lawatan di peringkat tinggi dapat diadakan kini selepas pembukaan semula sempadan awal tahun ini.



"Ini telah membolehkan kita menceburi kerjasama dalam bidang baru dan menarik seperti ekonomi hijau dan digital.



"Sebagai contoh, bank pusat kita telah mengumumkan rancangan untuk mula menghubungkan PayNow dan DuitNow. Saya mengalu-alukan kerjasama rapat dengan anda untuk memperkukuh hubungan dua hala ini," ujarnya.



Mengucapkan tahniah kepada Datuk Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Encik Wong dan Encik Heng turut bercakap tentang hubungan baik antara Singapura dengan Sabah dan Sarawak.



"Saya yakin bahawa dengan kepimpinan anda, kedua-dua negara kita dapat memperkukuh lagi hubungan dua hala kita," ujarnya.



Sementara itu, Encik Heng menggariskan beberapa bidang kerjasama yang sudah terjalin antara Singapura dengan Sabah dan Sarawak termasuk dalam bidang ekonomi hijau, pertanian dan pelancongan.



"Keterhubungan udara yang bertambah antara Singapura dengan bandar Malaysia Timur juga dapat menyokong usaha mengembangkan lagi ikatan peribadi dan ekonomi kita," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >