Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda lebih berat salah guna tanah milik negara

Nov 08, 2022 | 05:30 AM



MEREKA yang menceroboh atau menjalankan kegiatan yang tidak dibenarkan di tanah milik negara akan menghadapi hukuman lebih berat di bawah perubahan yang diusulkan kepada undang-undang.



Rang Undang-Undang Perlindungan Tanah Negara, yang diperkenalkan di Parlimen semalam, mengusulkan agar menaikkan denda maksimum sehingga $50,000 daripada $5,000 yang sedia ada. Hukuman penjara sehingga enam bulan kekal tidak berubah.



Sekiranya diluluskan, undang-undang baru itu akan menggantikan Akta Pencerobohan Tanah Negara (SLEA) sedia ada, yang kali terakhir disemak pada 1974.



Dalam satu kenyataan, Penguasa Tanah Singapura (SLA) berkata:



"Sejak itu, jenis pencerobohan dan penyalahgunaan tanah milik negara telah berubah, menjadikan banyak peruntukan SLEA ketinggalan zaman dan tidak berkesan."



Pindaan dalam Rang Undang-undang itu akan "memastikan bahawa tanah milik negara dilindungi dengan lebih baik daripada kerosakan dan penggunaan salah yang boleh menghalang pembangunan, mewujudkan isu keselamatan awam, dan menjejas keseronokan awam ke atas sumber tanah kita yang terhad," tambah penguasa itu.



Pesalah yang terus melanggar undang-undang walaupun setelah disabit kesalahan akan dikenakan denda sehingga $500 sehari.



Rang Undang-Undang itu juga mencadangkan denda maksimum $100,000 dan hukuman penjara sehingga 12 bulan bagi kesalahan berulang disebabkan oleh pembuangan haram menggunakan kenderaan.



Perubahan lain termasuk memberi pegawai SLA kuasa untuk masuk dan memeriksa mana-mana tanah tanpa waran, sekiranya terdapat sebab untuk mengesyaki kegiatan yang tidak dibenarkan.



Pegawai SLA juga akan diberi kuasa untuk mengeluarkan denda bagi kesalahan kecil, dan memberikan notis secara langsung bagi kesalahan berkaitan kegiatan yang menyalahi undang-undang di atas tanah milik negara juga.



Kini, mereka dikehendaki memfailkan aduan kepada mahkamah sebelum notis atau saman dikeluarkan.



Satu lagi perubahan akan membolehkan pegawai SLA untuk mengeluarkan (remove) atau merobohkan struktur yang menyalahi undang-undang di tanah negara dan membuat pesalah bayar bagi sebarang perbelanjaan yang terlibat.



Pada 2021, sepasang pasangan didenda masing-masing $4,000 dan $3,000 kerana menceroboh setelah sebahagian rumah mereka di Jalan Tari Zapin di Seletar didapati dibina di atas tanah milik negara. Sebahagian daripada kolam renang mereka juga termasuk ke tanah tertutup itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >