Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku masakan Melayu S’pura karya Khir Johari menang anugerah berprestij dunia

May 29, 2023 | 08:12 PM



BUKU yang merakam sejarah masakan Melayu di Singapura telah meraih hadiah tertinggi Anugerah Buku Masakan Gourmand ke-28.

Buku karya Encik Khir Johari berjudul The Food Of Singapore Malays: Gastronomic Travels Through The Archipelago telah diiktiraf sebagai Buku Terbaik Dalam Kalangan Terbaik di Dunia semasa satu majlis penganugerahan yang berlangsung semasa Simposium Makanan Umea di Sweden dari 25 Mei hingga 28 Mei.


Buku itu juga diiktiraf bagi Buku Masakan Masakan Asia Terbaik, Buku Sejarah Kulinari Terbaik, Cetakan Terbaik (Markono) dan Buku Terbaik Tahun Ini di Singapura.

Penulisnya berada di Sweden untuk menerima hadiah itu.

Dikenali sebagai buku masakan Oscar sedunia, senarai anugerah tahun ini menghargai 1,140 calon dan pemenang dalam 115 kategori bagi makanan dan 30 bagi minuman.

Senarai tersebut dipilih daripada lebih 100,000 terbitan dari serata 230 negara.

Buku ensiklopedia yang mengambil masa 11 tahun untuk dihasilkan dan setebal 621 muka surat itu memberikan butiran terperinci mengenai sajian amat digemari dari serata kepulauan Melayu menerusi esei serta lebih 400 foto dan 40 resipi.

Encik Khir berkata anugerah itu merupakan satu penghargaan bukan hanya bagi dirinya, malah bagi Singapura.

“Untuk diiktiraf oleh satu pertandingan antarabangsa dan berdiri dalam kalangan sesetengah buku paling bermakna yang pernah ditulis dalam sejarah, benar-benar amat bermakna, bukan sahaja buat saya, tapi buat Singapura.

“Menulis The Food Of Singapore membenarkan saya mengumpul, menyatukan dan menghasilkan warisan budaya dalam satu buku yang dapat menarik kepentingan yang pelbagai,” katanya kepada The Straits Times


Buku itu diterbitkan Marshall Cavendish International dan melibatkan kata pengantar oleh ahli restoran Switzerland, Encik Anton Mosimann dan kata hujungan oleh ahli sejarah Singapura, Encik Faris Joraimi.

Pada 2022, buku Encik Khir dinamakan sebagai Buku Terbaik tahun tersebut di majlis Anugerah Buku Singapura.

Penerbitan Singapura lain yang menerima anugerah termasuk sebuah antopologi kesusasteraan yang menyambut budaya makanan warga Singapura, Food Republic: A Singapore Literary Banquet, yang menerima Anugerah Khas.


Editor bersama Food Republic Encik Daryl Lim Wei jie, 32 tahun, yang bercakap kepada The Straits Times bagi pihak editor bersamanya, Dr Ann Ang dan Encik Tse Hao Guang serta penerbit Landmark Books, Encik Goh Eck Kheng, berkata:


“Ia satu penghargaan hebat, kejutan yang manis dan indah.

“Kami tidak menyertakan buku itu untuk pertimbangan, maka ternyata hebat bahawa Gourmand International yang mengesannya sendiri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >